web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Padanlah Lari Dari Polis, Ada Dadah Rupanya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:47PM

Dadah yang ditemui di tempat duduk penumpang hadapan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sepasang kekasih melarikan diri semasa pemeriksaan polis di Persiaran Surian di sini, Isnin lalu mengundang padah apabila keduanya ditahan polis tidak lama selepas itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah kira-kira jam 4 petang terserempak kereta jenis Proton Waja dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, polis bertindak mengejar kereta yang dinaiki kedua-dua suspek berumur 41 dan 38 tahun itu dari Jalan Persiaran Surian ke arah Lebuhraya Damansara-Puchong.

“Kereta dinaiki kedua-dua suspek turut melanggar beberapa buah kenderaan ketika melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kereta suspek kemudiannya berjaya dipintas dan suspek cuba melarikan diri, sebelum diberkas.  

“Pemeriksaan dalam kenderaan dinaiki kedua-dua suspek menemui satu paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.

“Dadah seberat 1.30 gram itu ditemui di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan saringan air kencing dijalankan turut mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Methapatamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 1 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad