web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lokman Adam Didakwa Buat Komunikasi Jelik Terhadap PM Dan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 1:43PM

Lokman (dua kiri) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.

Lokman, 49, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bagi pertuduhan pertama membabitkan Perdana Menteri, beliau dituduh melakukan perbuatan itu pada 11.16 malam, 20 Ogos lepas.

Hantaran tersebut kemudiannya dibaca pada 8.15 pagi,  24 Ogos lepas di Mutiara Villa Jalan Tung Shin, Bukit Bintang di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Lokman dituduh melakukan perbuatan sama terhadap kerajaan pada 10.28 malam, 22 Ogos lepas dan pautan itu kemudian dibaca pada 11.30 pagi, 23 Ogos lepas di sebuah restoran di Jalan Sentul di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atau komen di platform media sosial berkaitan kes itu.

Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya mempunyai 11 anak yang masih bersekolah dan kini bekerja sebagai penjual sate dengan pendapatan tidak menentu.

“Beliau juga pernah memegang jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO bagi 2008 hingga 2013 dan sangat dihormati dalam kalangan ahli keluarga serta masyarakat,” katanya.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan Lokman diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan di media sosial berkaitan kes itu.

Sebutan semula kes ditetapkan 26 September. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad