web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LCS: Polis Akan Panggil Rafizi Untuk Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 5:11PM

Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk dirakam keterangan susulan laporan polis dibuat ke atasnya berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis oleh pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat pada jam 9.28 malam semalam berkenaan tohmahan Rafizi terhadap Abdul Latiff.

“Semasa pegawai khas terbabit berada di Residensi Harmoni 2 Segambut, dia terbaca satu kenyataan dimuat naik melalui blog rafiziramli.com berkenaan fitnah dan tohmahan dibuat mengandungi pembohongan dengan tujuan merosakkan nama baik menteri.

“Pengadu menafikan dakwaan menteri mempunyai isteri kedua yang mendapat kontrak pertahanan bernilai puluhan juta ringgit bagi kapal LCS semasa beliau menjadi Timbalan Menteri,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku pada 12 tengah hari, 22 Ogos lalu.

Katanya, hasil semakan polis mendapati kenyataan berkenaan disiarkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter, selain dua video berkaitan disiarkan melalui TikTok serta Instagram.

“Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998, iaitu menyebarkan kenyataan jelik.

“Rafizi akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 45 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad