web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket PLKS Palsu Tumpas, Datuk Dan 5 Konco Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 3:12PM

Khairul Dzaimee (lima dari kiri) dan Azam melihat barang yang dirampas selepas sidang media. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket godam sistem Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu dengan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit tumpas, selepas dalangnya yang bergelar Datuk dan lima konco ditahan, semalam.

Sindiket yang dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu itu lumpuh hasil kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa siri serbuan secara besar-besaran.

Semua suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu yang ditahan semalam, dipercayai menjalankan operasi mereka dari jarak jauh di sekitar ibu negara, termasuk menggunakan hotel sebagai pangkalan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan awal mendapati kegiatan sindiket ini menggunakan modus operandi licik iaitu dengan menggodam pengenalan diri pegawai imigresen, bagi membolehkan mereka menceroboh masuk ke dalam sistem.

Bagaimanapun, taktik mereka berjaya dihidu tahun lalu, yang membawa kepada siasatan dalaman secara menyeluruh.

Antara kereta mewah yang disita. - Gambar oleh Sairien Nafis
Antara kereta mewah yang disita. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Satu pasukan khas ditubuhkan dengan kerjasama SPRM apabila siasatan mendapati, sindiket ini bergerak dalam skala besar dan turut membabitkan penyertaan pihak luar.

“Sindiket ini dikesan mengeluarkan pas PLKS secara tidak teratur, hingga mengakibatkan kerugian sehingga RM4.7 juta kepada kerajaan, pada tahun 2018 sahaja,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di sini hari ini.

Beliau berkata, sindiket ini turut dianggotai seorang bekas pegawai Imigresen yang bertindak sebagai ‘pembuka jalan’ kepada kumpulan terbabit dengan pengalamannya selaku kakitangan sebelum ini.

“Suspek mahir menggunakan sistem PLKS untuk dipalsukan dan dijual kepada warga asing yang berhasrat untuk bekerja di dalam negara.

“Sejak sindiket ini beroperasi, sebanyak 21,378 PLKS dikeluarkan, membabitkan pekerja di sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan,” katanya.

Khairul Dzaimee memberitahu, majoriti warga asing yang mendapatkan perkhidmatan sindiket berkenaan adalah dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.

Dalam perkembangan berkaitan, Azam Baki berkata, kesemua suspek kini direman selama enam hari, bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, SPRM turut menyita harta dirampas daripada sindiket berkenaan, dianggarkan berjumlah sehingga RM25.56 juta, mencakupi 66 kenderaan pelbagai jenama dan 30 unit hartanah.

“Antara kenderaan dirampas itu, 12 daripadanya adalah jenis mewah dengan harga melebihi RM300,000 setiap satu,” katanya lagi.

Sementara itu menurut sumber, sindiket berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak 2011 dan berjaya mengaut keuntungan sehingga RM1 bilion.

“Sindiket mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM6,500 untuk setiap PLKS yang dipalsukan mereka mengikut kategori sektor pekerjaan yang dimahukan warga asing terbabit.

“Mereka mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding pihak imigresen, yang hanya berjumlah RM2,000 hingga RM2,500 mengikut sektor pekerjaan,” katanya. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 6 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad