web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Spekulasi PRU-15 Makin Panas, Pembentangan Bajet Lebih Awal Beri Petanda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 2:01PM

Manimaran berkata rasionalnya Menteri Kewangan boleh membentangkan bajet pada 7 Oktober dan ada kemungkinan Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada minggu berikutnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai  pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang dikatakan bakal diadakan segera semakin ‘panas’, khususnya selepas pengumuman bahawa pembentangan Bajet 2023 diawalkan kepada 7 Oktober nanti.

Penganalisis pilihan raya Dr G. Manimaran berkata, langkah itu seolah memberi petanda bahawa PRU boleh diadakan lebih awal, iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen yang akan terbubar secara automatik 16 Julai tahun depan.

Memandangkan pembentangan bajet sudah ditetapkan pada 7 Oktober berbanding jadual asal 28 Oktober, Manimaran berkata adalah wajar sekiranya PRU-15 diadakan dalam tempoh enam minggu selepas itu iaitu pertengahan November.

Dr G. Manimaran - Gambar fail
Dr G. Manimaran - Gambar fail

Bersandarkan pengalaman sebagai bekas ahli Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya, beliau tidak menolak kemungkinan PRU15 diadakan sewaktu perbahasan bajet sedang berlangsung.

“Rasionalnya ialah Menteri Kewangan boleh membentangkan bajet pada 7 Oktober dan ada kemungkinan Perdana Menteri membubarkan Parlimen minggu berikutnya,” katanya kepada The Vibes.

“Dari situ, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memiliki tempoh selama 10 hari untuk mengadakan mesyuarat khas dan SPR memerlukan minimum enam minggu untuk menyusun satu mesyuarat lagi bagi membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari pencalonan dan hari pengundian.

“Seperti biasa, hari pencalonan akaj diadakan sekitar dua minggu selepas mesyuarat SPR, manakala tempoh berkempen pula ditetapkan sekurang-kurangnya 11 hari.

Manimaran menambah, berdasarkan pengalamannya, tarikh pengundian boleh jadi ditetapkan pada Sabtu, 19 November.

Merujuk kepada kritikan diterima pentadbiran Barisan Nasional (BN) apabila mengadakan pilihan raya secara mengejut pada pertengahan minggu 2018, beliau berkata senario sama tidak mungkin berulang. 

“Rakyat membantah pelaksanaan PRU-14, jadi kali ini mereka akan kembalikan hari mengundi pada Sabtu.

“Paling lewat ia harus diadakan pada 19 November kerana musim tengkujuh akan bermula akhir November, dan berisiko mencetuskan banjir.”

Pengarang bersama buku bertajuk Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir itu turut memetik persamaan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara pada 1999 dan sabitan kes Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Untuk rekod,  Anwar didapati bersalah atas pertuduhan rasuah pada April 1999, dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan pilihan raya pada September tahun yang sama.

Selasa lalu, Najib menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia yang dijatuhkan hukuman penjara, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan sabitan bersalah ke atas kesemua tujuh pertuduhan dihadapinyq.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengekalkan keputusan itu bagi semua tujuh pertuduhan dikenakan terhadap Najib, atas penglibatannya dalam skandal SRC Antarabangsa.

Dengan pelbagai perkembangan terbaru yang melatari negara, rakyat boleh menjangkakan kemungkinan pilihan raya sekali lagi diadakan pada November, 23 tahun selepas sabitan terhadap Anwar.

“Pilihan raya tidak pernah diadakan pada hujung tahun kerana musim tengkujuh. 

“Ini adalah kali kedua ia berlaku, jika pilihan raya diadakan pada November.”

Ketika ada suara berbisik dan memberitahu pilihan raya hanya akan diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan, suasana panas melatari arena politik negara ketika ini, khususnya selepas desakan oleh Biro Politik UMNO terhadap Ismail  Sabri baru-baru ini agar pilihan raya segera diadakan.

Justeru, Manimaran turut tidak menolak kenyataan bahawa Parlimen boleh dibubarkan tanpa pembentangan bajet.

“Saya rasa mesyuarat UMNO yang diadakan hari ini akan menjadi faktor penentu, sama ada pilihan raya akan diadakan pada kadar segera atau tidak,” katanya. - The Vibes, 27 Ogos 2022












 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad