web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Setiausaha Agung MUDA Didakwa Berhubung Perhimpunan LCS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 2:29PM

Amir Hariri Abd Hadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini berhubung perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amir Hariri Abd Hadi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini berhubung perhimpunan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’.

Amir Hariri, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa selaku penganjur telah gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 2 petang 14 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Radzi Shah Ab Razak menawarkan jaminan RM10,000 manakala TPR Fatin Hanum Abdul Hadi memohon supaya syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh agar pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan kes itu.

Peguam Beatrice Chin Yuen Xin yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan antara RM500 hingga RM1,000 dengan alasan anak guamnya tidak bekerja serta tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau selain memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis sepanjang siasatan kes itu.

Seorang lagi peguamnya, Raj Surian Pillai membantah syarat tambahan yang dikemukakan pendakwaan supaya pasport anak guamnya diserahkan kepada mahkamah kerana kesalahan itu boleh dijamin serta tiada risiko tertuduh untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Turut hadir ke mahkamah, Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sebelum ini media melaporkan, kira-kira 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan, mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu telah berhimpun berkaitan 'Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ pada 14 Ogos lepas.

Susulan itu polis membuka kertas siasatan berkaitan perhimpunan berkenaan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad