web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Maut, 3 Kru Kapal Kritikal Akibat Hidu Gas Ammonia - APMM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 9:58AM

Mayat warga Turki yang maut di bawa turun dari kapal penyelamat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang kru kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) warga Turki maut manakala tiga lagi kritkal dipercayai akibat terhidu gas ammonia yang bocor dari kapal di perairan antarabangsa di Barat Pelabuhan Klang, dekat sini, malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor Komander Maritim Norihan Ngah dalam kenyataan hari ini berkata kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 9 malam dan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan dari sebuah agen perkapalan, pada kira-kira pukul 11 malam.

Katanya susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota APMM Selangor bersama-sama Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sekitar 3 pagi tadi ke lokasi kapal tangki itu MV Hamburg DW yang bersauh di Barat Daya Pulau Selat Kering, untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

“Lelaki berusia itu 62 tahun itu meninggal dunia di kapal tangki berkenaan manakala tiga lagi mangsa, dua warga Turki dan seorang warga India berumur 28 hingga 50 tahun selamat, namun berada dalam keadaan kritikal.

“Punca kecederaan mereka semua adalah akibat terhidu gas ammonia. Dipercayai kebocoran gas berlaku pada kapal tangki tersebut,” katanya.

Norihan berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kejadian kepada Kementerian Kesihatan dan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan dan tindakan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kebocoran Gas: Lebih 20 Penghuni Tahfiz Dipindahkan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Berjaya Selamatkan Lebih 1,000 Nyawa Tahun Ini

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad