web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unit Khas Tangani Buli Harus Diperkasa, Bukan ‘Penjenamaan Semula’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 7:03AM

Adakah unit khas ditubuh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengendali dan menangani aduan kes buli di sekolah, mampu melaksanakan peranannya secara berkesan? - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Adakah unit khas ditubuh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengendali dan menangani aduan kes buli di sekolah, mampu melaksanakan peranannya secara berkesan?

Itu persoalan dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), susulan kenyataan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bahawa laporan mengenai kejadian buli akan dikendali sebuah unit khas di bawah kementerian berkenaan.

Bukan tidak menyokong usaha KPM dalam menangani buli di sekolah, cuma bimbang ia lebih kepada ‘penjenamaan semula’ untuk inisiatif seolah-olah serupa pernah diperkenalkan.

Presiden Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, objektif itu hampir sama dengan ‘jawatankuasa disiplin’ pernah diwujudkan KPM, namun hasilnya tidak seperti diharapkan.

Katanya, ‘jawatankuasa disiplin’ itu dilancarkan sebagai medium untuk menerima aduan mengenai salah laku pelajar dan guru, tetapi didakwa tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan - Gambar Fail
Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan - Gambar Fail

“Saya sendiri pernah menjadi ahli jawatankuasa menangani disiplin di bawah seliaan kementerian (KPM), tetapi tidak begitu berkesan menangani isu salah laku berkaitan,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, dalam usaha menangani buli, apa yang harus ditubuhkan adalah satu suruhanjaya bebas membabitkan golongan profesional, bagi menjalankan kajian terperinci sehingga ke akar umbi berhubung isu jenayah itu, termasuk mencari punca bagaimana gejala tersebut boleh berleluasa.

“Suruhanjaya tersebut perlulah membuat penilaian dan menghasilkan dapatan mengenai jalan penyelesaian terbaik untuk menghapuskan kes buli di sekolah.

“Gejala buli di sekolah kini semakin ‘melampau’ dan perlu menjadi isu utama diberi perhatian supaya dapat dihentikan, sekali gus mencapai status sifar buli.

“Justeru, penubuhan suruhanjaya itu boleh membantu ke arah usaha berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi memastikan suruhanjaya itu mampu melaksanakan peranan sebaik mungkin, ia perlu diberi kebebasan untuk menyiasat secara menyeluruh sehingga ke akar umbi berhubung sesuatu kes buli dilaporkan, termasuk turun ke asrama dan melihat sendiri suasana serta amalan ‘senior junior’ di sekolah.

“Daripada hasil kajian itu barulah pihak mereka boleh menilai punca kejadian buli dan merangka hukuman setimpal terhadap pelaku,” ujarnya.

Mengulas mengenai jawatankuasa tangani disiplin yang ditubuhkan KPM sebelum ini, Mohamad Ali berkata, badan tersebut sudah mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan kes buli di sekolah mampu ditangani.

Katanya, jawatankuasa tersebut turut menggunakan khidmat pihak ketiga untuk membuat kajian berhubung gejala buli di institusi pendidikan.

Malah, hasil dapatan kajian dibuat itu sudah dibukukan dan diagih ke sekolah sebagai panduan bagi menangani gejala tersebut, namun tidak berjaya kerana sehingga hari ini kes berkenaan masih dilaporkan.

Sementara itu, pemimpin belia, Mohd Alif Anas Md Noor, menyokong inisiatif KPM menubuhkan unit khas terbabit bagi menangani aduan buli di sekolah.

Beliau berkata, pelaksanaannya harus disegerakan supaya ibu bapa dapat membuat aduan berhubung sebarang kes buli di sekolah masing-masing.

Mohd Alif Anas Md Noor - Gambar Fail
Mohd Alif Anas Md Noor - Gambar Fail

Namun, Mohd Alif berkata, soal kerahsiaan maklumat peribadi pengadu sangat penting untuk diberi penekanan, bagi meningkatkan kepercayaan ibu bapa dan pelajar terhadap unit berkenaan.

“Objektif penubuhan unit khas ini sangat bagus kerana gejala buli memberi impak negatif, bukan saja terhadap pelajar, malah sosio ekonomi negara.

“Bagaimanapun, kita ada kebimbangan di mana jika identiti pengadu terdedah, mereka ini akan diganggu pelaku di sekolah dan di luar. Jadi mekanisma berhubung isu ini haruslah diperhalusi sebelum pelaksanaan,” katanya.

Menurut Mohd Alif, apa sahaja unit ditubuhkan kementerian untuk mengatasi masalah membabitkan disiplin, terutama kes buli harus menyaksikan pelaksanaan dan hukuman berkesan yang menjadi harapan ibu bapa.

“Ibu bapa sebenarnya mahu melihat kesungguhan KPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam isu tersebut, sebagai contoh apa jenis hukuman akan dikenakan terhadap pelaku buli.

“Ini yang ibu bapa mahu lihat supaya unit tersebut kekal relevan dan berkesan,” katanya.

Terdahulu, Radzi memaklumkan, unit khas itu akan mengendalikan semua laporan kejadian buli di sekolah yang diterima pihak kementerian berkenaan.

Unit khas itu, katanya, bakal dianggotai pegawai berpengalaman dalam menangani kes buli.

Jelasnya, maklumat mengenai laporan aduan diterima unit itu akan disimpan secara sulit. – Getaran, 26 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad