web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganjur Himpunan Serah Memorandum Pengampunan Najib Dipanggil Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 12:19PM

Polis akan memanggil penganjur perhimpunan penyerahan memorandum oleh PJPNM di perkarangan luar Pintu 3 Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil penganjur satu perhimpunan penyerahan memorandum oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) di perkarangan luar Pintu 3 Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Kira-kira jam 2 petang semalam, semasa sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Balai Polis Travers menjalankan penugasan kawalan keselamatan serta pemantauan, didapati terdapat perhimpunan penyerahan memorandum dengan dianggarkan seramai 300 orang berpakaian serba hitam berkumpul sambil melaungkan slogan "Hidup Najib dan Bossku".

 “Satu kertas kertas siasatan akan dibuka dan penganjur akan dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan perhimpunaan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah.

“Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa berwaspada sama ada perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam, PJPNM menyerahkan satu memorandum ke Istana Negara bagi merayu supaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pengampunan diraja kepada Najib

Presiden PJPNM, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, pengampunan diraja harus datang menerusi permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia mesti diserahkan sekarang kepada Agong.

Syed Imran bersama kira-kira 300 ahli PJPNM dan penyokong Najib berkumpul di Pintu 3 Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Istana yang diterima Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Husni Yusop pada jam 2.30 petang semalam.

Pada Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas beliau kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad