web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


USIM-Nestle Didik Pelajar Sekolah Rendah Kepentingan Makanan Halal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 7:06AM

USIM dan Nestle, menjalin kerjasama bagi memberi pengetahuan serta kesedaran berkaitan kepentingan pemakanan halal dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nestle Product Sdn Bhd (Nestle), menjalin kerjasama bagi memberi pengetahuan serta kesedaran berkaitan kepentingan pemakanan halal dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Kerjasama pintar dan strategik dinamakan ‘Halal@School with Nestle’ itu, dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjanjian (MoA) antara USIM dan Nestle di Bangi, baru-baru ini.

Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifuddin Md Shaarani, program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan melalui Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM itu, menyasarkan penglibatan pelajar sekolah rendah.

“Pelajar dilibatkan menerusi perkongsian ilmu dan kesedaran berkenaan halal dalam kalangan masyarakat dari setiap lapisan umur.

“Bertemakan ‘Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang’, program ini memberi penekanan kepada pemahaman berkaitan kepentingan pengambilan makanan halal.

“Ia sama ada membabitkan individu Muslim atau bukan Islam dan pada masa sama, cakna terhadap produk makanan halal, bersih, selamat serta sihat,” katanya menerusi kenyataan.

Majlis menandatangani MoA tersebut menyaksikan USIM diwakili Sharifuddin dan Pengarah IFFAH, Profesor Dr Irwan Mohd Subri.

Nestle pula diwakili Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle Malaysia, Datuk Adnan Pawanteh dan Ketua Hal Ehwal Halal organisasi itu, Othman Md Yusoff.

Sharifuddin berkata, kerjasama USIM dan Nestle itu juga adalah satu daripada langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan halal yang dilaksanakan pihak universiti kepada masyarakat.

“IFFAH adalah pusat yang memfokuskan keilmuan fatwa dan halal untuk mendidik masyarakat dalam memacu kecemerlangan serta sinergi kelestarian fatwa dan halal di seluruh dunia.

“Dengan termeterainya perjanjian MoA antara kedua-dua pihak pada hari ini, diharap aktiviti berbentuk CSR dapat dilaksanakan lebih rancak pada masa depan.

“Secara tidak langsung, kerjasama bersama industri besar seperti Nestle Malaysia akan memperkukuh keterlihatan (visibility) USIM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka dan memperkasa agenda ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’.

Sejak dilaksanakan pada tahun 2018, sebanyak 13 siri Halal@School with Nestle diadakan dengan penglibatan lebih 2,500 pelajar dari 54 buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor. – Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPN Jamin Kes Langgar Libatkan Pegawai Kanan Dilakukan Secara Telus, Adil

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Pelajar Maut Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad