Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Pelajar Maut Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 8:18AM

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 44 tahun itu, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pada masa sama, pihak polis turut menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat daripada kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.40 tengah hari semalam, melibatkan kereta PERODUA Ativa yang dipandu suspek serta motosikal jenis Yamaha yang ditunggang pelajar tersebut.

"Pelajar itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Yahaya turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163.

Menurutnya orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Terdahulu tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang cedera didakwa dilanggar sebuah kereta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Bawak Kereta Jangan Leka, Kan Dah Kena...

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 9 jam yang lalu

Hadiri Perkampungan Sunnah: PM Berjiwa Besar - Penyelidik

Semasa 5 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran