Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Pegawai Kanan Polis Didakwa Bunuh Pelajar Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 2:25PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ІРОН - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang remaja 17 tahun pada 15 Disember tahun lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret S. Punitha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz untuk memindahkan kes melibatkan tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, ke Mahkamah Tinggi di sini.

Bagaimanapun, tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Pada 18 Disember tahun lalu, Mohd Nazri yang berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, antara 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Kes itu disebut semula hari ini bagi proses melengkapkan dokumen.

Terdahulu, Mohd Nazri yang memakai jaket hitam menutup kepala dan memakai pelitup muka tiba di mahkamah dengan kawalan anggota polis kira-kira 9 pagi.

Tertuduh diwakili peguam Cindy Wong dan turut hadir peguam pemerhati bagi keluarga mangsa, Datuk Zamri Idrus.

Pada akhir tahun lalu, tular menerusi media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki, dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu seorang pegawai kanan polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Pelajar Maut Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Selepas Ketua Polis Daerah, SPRM Tahan Pula Pegawai Kanan Imigresen

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor