web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laksana Segera 7 Saranan PAC Selesai Isu LCS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan untuk melaksanakan saranan dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Parlimen berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Tricia Yeoh
Tricia Yeoh

berkata, tujuh saranan yang dikemukakan PAC perlu dipandang serius oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Menurut beliau, langkah melaksanakan saranan dari PAC adalah lebih tepat berbanding menubuhkan lebih banyak suruhanjaya mahupun jawatankuasa siasatan.

“PAC telah menyarankan tujuh langkah yang perlu dilaksanakan termasuk meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan lanjut hasil daripada dapatan laporan PAC, laporan Audit Forensik serta laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

“Selain itu, saranan yang dikemukakan oleh PAC adalah Kementerian Pertahanan perlu mengemukakan laporan kemajuan kepada jawatankuasa itu setiap tiga bulan sehingga projek tersebut disiapkan.

“Sebagai tambahan, jawatankuasa itu juga menyarankan agar laporan JKSTUPKK itu dinyahklasifikasikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tricia berkata, JKSTUPKK ditubuhkan pada 2018 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyiasat tadbir urus, perolehan dan kewangan dalam semua kementerian yang diterajui bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

“PAC telah menjalankan tugas Parlimennya dalam memberikan semak dan imbang kepada badan eksekutif kerajaan,” katanya.

Semalam, PAC meminta supaya Kabinet membuat beberapa ketetapan pada mesyuarat akan datang susulan laporan Audit Forensik berkaitan LCS yang dinyahklasifikasikan malam tadi.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan meminta supaya pengauditan forensik lanjut dilaksanakan oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) ke atas projek LCS bagi melengkapkan segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dan Surat Anugerah (LOA) dari 2015 hingga kini.

Susulan itu, Tricia menegaskan tugas kerajaan ketika ini adalah melaksanakan saranan yang telah dikemukakan dengan kadar segera bagi menghormati dan mengambil serius tugas dilaksanakan institusi Parlimen.

“Apa yang penting, tindakan segera perlu diambil berdasarkan laporan PAC oleh agensi penguatkuasaan undang-undang terutama daripada SPRM.

“Orang ramai ingin melihat pihak yang bertanggungjawab di atas pembaziran dan rasuah wang rakyat dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, laporan Audit Forensik dalaman dilaksanakan BHIC berkaitan skandal LCS sudah didedahkan.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, Hishammuddin berkata, laporan itu boleh diakses di laman sesawang PAC Parlimen.

Ini adalah laporan ketiga berkaitan LCS didedahkan kepada umum, susulan laporan PAC yang dilaksanakan berhubung perkara itu serta laporan JKSTUPKK.

Bagaimanapun, laporan Audit Forensik dalaman BHIC di laman sesawang Parlimen mempunyai beberapa perenggan dan carta yang ‘dihitamkan’.

Ia didakwa sebagai cubaan untuk ‘menutup’ penyelewengan dalam skandal tersebut. - Getaran, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketirisan Dana Awam: Tindakan Tegas Ke Atas Pegawai, Menteri Salah Guna Kuasa 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan 104 Ventilator, Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM, PLSB - PAC 

3

Politik 2 tahun yang lalu

Cuba Bawa Saksi Ke Parlimen, Tindakan PAC Hina Institusi Kehakiman - Nur Jazlan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Masih Dokumen Rahsia, Laporan Land Swap Perlu Diluluskan JPM Untuk Nyahklasifikasi - PAC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad