web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Bawa Saksi Ke Parlimen, Tindakan PAC Hina Institusi Kehakiman - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 9:20PM

Nur Jazlan Mohamed - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed menyelar keputusan Parlimen yang disifatkan cuba untuk membawa saksi-saksi melibatkan kes Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Rakyat.

Menurut beliau, tindakan sedemikian yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi dianggap melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan menghina institusi kehakiman negara.

"Semalam Jawatankuasa Khas Parlimen buat satu lagi keputusan yang pelik, mereka bercadang nak panggil saksi-saksi dalam kes Zahid untuk disoal juga.

"Parlimen ni sudah bertukar jadi mahkamah ke? Siap nak panggil saksi berikan keterangan. Bukan ke nanti jika saksi bercakap akan jadi kes menghina mahkamah?" katanya melalui satu kenyataan di Facebook hari ini.

Nur Jazlan berkata, ahli JKPK juga bukan peguam atau ahli profesional dalam perundangan kriminal seperti di Pejabat Peguam Negara dan hakim mahkamah untuk berbuat demikian.

Selain itu, beliau berkata, adakah tindakan Parlimen mempersoal tindak tanduk profesional perundangan dan institusi perundangan secara terbuka memandangkan Malaysia mengamalkan sistem tiga cabang utama iaitu legislatif, perundangan dan kehakiman yang bersifat bebas antara satu sama lain.

Katanya, tindakan mempersoalkan keputusan mahkamah selepas hakim menerima dan membuat keputusan berdasarkan penjelasan 11 perkara daripada Peguam Negara juga boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Tambahnya, tindakan JKPK itu disifatkannya sebagai tidak wajar dan seperti terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang.

"Tapi kita macam nak terikut-ikut dengan permainan politik parti pembangkang yang main persepsi kononnya mahkamah tak adil, pendakwa raya dikawal dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, Nur Jazlan meminta mana-mana ahli politik sama ada dalam Kerajaan Perpaduan mahupun Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti memainkan isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid, yang dilihat sebagai agenda untuk menjatuhkan Presiden UMNO itu.

Pada masa sama, Nur Jazlan berkata, tiada keperluan untuk memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atau Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu jika kerajaan benar-benar percaya kepada integriti sistem perundangan dan Peguam Negara.

Media sebelum ini melaporkan, JKPK akan memanggil Ahmad Terrirudin bagi menjelaskan keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuahnya.

Pengerusinya, William Leong Jee Keen dilaporkan berkata, satu laporan akan dibentang kepada Dewan Rakyat sebaik sahaja selesai prosiding jawatankuasa itu nanti. -Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad