web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Dalam Kemalangan Libat 3 Lori, 1 Motosikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 1:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaannya dan tiga lori di KM206.7 Lebuhraya Plus arah selatan di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, peniaga burger Rosli Yaakob, 39, yang mengalami kecederaan di keseluruhan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kesemua kenderaan terlibat dari arah Utara dan kemalangan berlaku di lorong kiri apabila lori pertama yang membawa muatan bungkusan memperlahankan kenderaan dengan menyalakan lampu kecemasan kerana terdapat pembinaan jalan di lorong paling kanan.

“Lori kedua dalam perjalanan ke Melaka yang membawa sangkar ayam dari arah yang sama turut memperlahankan kenderaan dengan menyalakan lampu kecemasan namun datang lori ketiga yang terus melanggar belakangnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata setelah pelanggaran itu, lori yang membawa sangkar ayam tersebut mengelongsor ke depan, melanggar belakang lori yang membawa muatan bungkusan manakala lori ketiga itu terhenti tanpa sebarang lampu di lorong paling kiri selain pemandunya tersepit dalam kenderaan.

Beliau berkata apabila lori ketiga itu berhenti tanpa lampu isyarat dan papan tanda amaran di belakang, kelindan lori sangkar ayam telah menjaga laluan dengan menggunakan isyarat lampu telefon bimbit di lorong kecemasan.

“Dan datang motor berwarna merah jenis Benelli ditunggangi mangsa melanggar kelindan warga Bangladesh berumur 39 tahun tersebut seterusnya melanggar belakang lori yang ketiga itu.

“Pemandu lori ketiga berumur 29 tahun dan kelindan yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan manakala dua lagi pemandu lori tiada sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata mayat penunggang motosikal itu telah dibawa ke Hospital Alor Gajah dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi