web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Audit Forensik Dalaman BHIC Mengenai LCS Sudah Dinyahklasifikasi – Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:00AM

Hishammuddin Hussein memaklumkan, laporan Audit Forensik dalaman dilaksanakan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) berkaitan kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS), didedahkan malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, laporan Audit Forensik dalaman dilaksanakan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) berkaitan kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS), didedahkan malam tadi.

Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, Hishammuddin berkata, laporan itu boleh diakses di laman sesawang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

 

Selaras keputusan Jemaah Menteri untuk 'declassify' laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation...

Posted by Hishammuddin Hussein on Monday, August 22, 2022

“Selaras keputusan Jemaah Menteri untuk ‘nyahklasifikasi’ laporan Audit Forensik dalaman BHIC mengenai LCS, Lembaga Pengarah BHIC sudah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan. Ia boleh didapati di laman web rasmi PAC menerusi pautan ini,” katanya.

Ini adalah laporan ketiga berkaitan LCS didedahkan kepada umum, susulan laporan PAC yang dilaksanakan berhubung perkara itu serta laporan oleh Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK).

Bagaimanapun, laporan Audit Forensik dalaman BHIC di laman sesawang Parlimen mempunyai beberapa perenggan dan carta yang ‘dihitamkan’.

Ia didakwa sebagai cubaan untuk ‘menutup’ penyelewengan.

“Cubaan pertama berhubung usaha penutupan (penyelewengan) itu dikesan dalam perjanjian pemegang saham di mana semua kuasa diberikan kepada Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) walaupun BHICDT adalah pemegang saham terbesar,” kata laporan itu merujuk kepada CAD, iaitu kontraktor asal yang dianugerahkan kedua-dua pakej tersebut pada 9 April 2012 untuk melaksanakan pembuatan dan pembekalan pertahanan bernilai RM1.185 bilion untuk projek LCS.

“Ia juga menyebut kontraktor lapisan kedua Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) bersama dengan CAD digunakan sebagai ‘perantara untuk meminimumkan ketelusan dan menambah lapisan tambahan’.

Menurut laporan itu, terma projek LCS juga lebih menguntungkan CAD/CED, berbanding BNS atau BHICDT.

Kebanyakan perubahan kerja (VO) dikeluarkan tanpa mengikut prosedur, termasuk pengesahan pasukan teknikal, komersial dan perolehan, biarpun beberapa amaran diberikan, ‘tiada langkah pembetulan diambil sama ada oleh pihak pengurusan atau pengerusi Lembaga Pengarah’.

“Kegagalan sedemikian untuk menghentikan salah guna kuasa adalah tindakan yang jelas untuk berselindung dilakukan pengarah urusan ketika itu dan orang bawahannya,” menurut laporan itu.

The Vibes sebelum ini melaporkan CED ditubuhkan hanya 45 hari sebelum ia dilantik sebagai subkontraktor projek LCS.

Beberapa bahagian laporan Audit Forensik itu juga selaras dengan pendedahan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa pelantikan CAD sebagai subkontraktor projek LCS dibuat pada hari sama CED dilantik bagi melaksanakan tugas sama.

Rafizi berkata, CED kemudian dianugerahkan dua pakej kerja bernilai RM1.185 bilion oleh CAD kepada syarikat Perancis, Naval Group (dahulunya DCNS) bernilai RM397 juta.

Sebenarnya, beliau berkata, nilai dikenakan kepada kerajaan Malaysia itu didakwa tiga kali ganda lebih mahal.

BHIC pula mengeluarkan kenyataan mengatakan audit forensik dijalankan Alliance IFA Sdn Bhd dinyahklasifikasi semalam, berikutan keputusan Kabinet mengenai perkara itu pada 17 Ogos lalu.

Disebabkan keputusan itu, BHIC berkata, kandungan laporan berkenaan kini dianggap sebagai ‘dokumen terbuka’.

“Laporan Audit Forensik mengenai LCS sudah diserahkan kepada PAC hari ini (semalam). BHIC akan menyerahkan kepada PAC untuk menentukan bila dan bagaimana dokumen tersebut boleh diakses orang ramai,” katanya – The Vibes, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad