Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Buli! KKM Perlu Pastikan Dasar Dirangka Berkesan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 12:19PM

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai, berkata KKM perlu mengambil tindakan susulan di lapangan serta semua peringkat dasar supaya persekitaran dan budaya kerja di fasiliti kesihatan di bawah kementerian itu dapat diubah - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) perlu melaksanakan dasar yang dirangka untuk menangani buli di fasiliti kesihatan awam, dan memastikan ia tidak ditulis di atas kertas sahaja.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai, berkata KKM perlu mengambil tindakan susulan di lapangan serta semua peringkat dasar supaya persekitaran dan budaya kerja di fasiliti kesihatan di bawah kementerian itu dapat diubah.

Beliau berkata, walaupun dapatan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang menyiasat kes tersebut mendapati 60 peratus daripada responden menganggap budaya kerja di KKM adalah positif, tetapi 20 peratus mengesahkan wujud budaya buli di tempat kerja.

"Disebabkan isu buli dalam KKM itu sudah berleluasa dan bukan lagi khabar angin, pihak kementerian perlu bertindak dengan memastikan dasar yang komprehensif dapat diambil mengikut saranan HWCITF supaya isu buli ini diatasi,” katanya.

Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang menyiasat kes tersebut mendapati 60 peratus daripada responden menganggap budaya kerja di KKM adalah positif, tetapi 20 peratus mengesahkan wujud budaya buli di tempat kerja - Gambar Fail
Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang menyiasat kes tersebut mendapati 60 peratus daripada responden menganggap budaya kerja di KKM adalah positif, tetapi 20 peratus mengesahkan wujud budaya buli di tempat kerja - Gambar Fail

Minggu lalu, HWCITF memaklumkan bahawa tiada bukti jelas mengaitkan kes buli membabitkan kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang namun terdapat indikasi kerja berlebihan dalam pengamal perubatan KKM.

Bagaimanapun, HWCITF menegaskan terdapat faktor lain yang memberi tekanan kepada mangsa sepanjang menjalankan tugasnya termasuklah jangkaan diri dan tempat kerja yang tinggi, cabaran sekeliling serta bebanan kerja selain syif panjang.

“Insiden buli, kelesuan melampau dan budaya kerja kurang sihat disahkan berlaku dalam kalangan warga kerja KKM, namun pada tahap berbeza dan bukan di semua fasiliti kesihatan,” kata Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir. 

Pada 13 Mei lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan HWCITF yang bertanggungjawab untuk menilai budaya kerja di kalangan kakitangan KKM termasuk isu buli.

Kematian seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang pada April lalu sebagaimana dilaporkan The Vibes dipercayai kes kedua membabitkan doktor junior di negeri tersebut.

Pada Disember 2020, The Vibes melaporkan berlaku kematian membabitkan seorang doktor di hospital sama selepas mangsa meletak jawatan.

Pada 13 Mei lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan HWCITF yang bertanggungjawab untuk menilai budaya kerja di kalangan kakitangan KKM termasuk isu buli - Gambar Fail
Pada 13 Mei lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan HWCITF yang bertanggungjawab untuk menilai budaya kerja di kalangan kakitangan KKM termasuk isu buli - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Dr Kar Chai berkata, tatacara kerja baharu untuk kakitangan KKM serta sistem merangkumi penguatkuasaan perlu dibangunkan bagi mengubah budaya kerja berkenaan.

Katanya, menerusi tatacara kerja itu, KKM perlu menekankan rasa hormat dalam kalangan rakan sekerja sebagai tonggak utamanya.

“Dalam penjagaan kesihatan, sikap hormat-menghormati terhadap orang ramai harus menjadi fokus utama mereka yang memberi perkhidmatan.

“Kajian itu difahamkan agak menyeluruh dengan pembabitan kakitangan dalam pelbagai perkhidmatan di kementerian. Kami menghargai jasa pasukan ini mendapatkan pelbagai responden di pelbagai bahagian di negara ini,” katanya.

Menurut beliau, data yang dikumpul ini akan lebih mantap sekiranya jumlah bilangan responden dapat dipertingkatkan serta lebih banyak sektor kemudahan kesihatan dapat disertakan.

“KKM perlu menerima cadangan yang dikemukakan pasukan petugas serta melaksanakan apa yang disaran.

“Tempoh masa perlu diberikan supaya semakan semula dapat dilakukan untuk melihat kesan pelaksanaan cadangan berkenaan serta membolehkan KKM mengeluarkan cadangan lanjut sekiranya perlu," katanya.

Jelas beliau lagi, platform HelpDoc yang diwujudkan MMA sejak 2017 untuk melaporkan isu buli akan memainkan peranan penting dalam menangani perkara itu.

Sementara itu, seorang doktor senior yang enggan dinamakan berkata, pasukan khas yang ditubuhkan tidak seharusnya dibubarkan selepas melengkapkan laporan mereka.

Namun katanya, usaha tersebut perlu diteruskan untuk tahun mendatang bagi memastikan kementerian dapat menerima pakai semua cadangan yang dikemukakan pasukan tersebut.

“Kajian mungkin merangkumi sampel yang cukup besar, namun apa yang penting adalah kajian tersebut diteruskan mereka yang masih berada dalam perkhidmatan.

“Mereka (pasukan khas) sepatutnya melihat  kakitangan yang meninggalkan perkhidmatan disebabkan buli untuk mendapatkan pandangan mereka kerana sebahagian responden (dalam perkhidmatan) mungkin menafikan kewujudan budaya buli gara-gara takut dengan pihak atasan,” katanya. - The Vibes, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 23 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 4 jam yang lalu

16 Kereta Dan 3 Rumah Rosak Akibat Pokok Tumbang Susulan Hujan Lebat Di KL

Semasa 5 jam yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia