web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Imigresen ‘Halau’ Orang Awam Ditukar Bahagian Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 5:30PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini, ditukar ke bahagian lain berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, selain itu kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam akan dibuka Bahagian Integriti jabatan tersebut.

“Jabatan ini memandang serius kejadian tersebut. Walaupun daripada siasatan awal mendapati terdapat unsur provokasi daripada orang awam berkenaan, namun tindakan yang diambil pegawai JIM yang terlibat dalam insiden berkenaan adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu ‘Integriti, Profesional, Mesra’.

“Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap profesional apabila berdepan dengan provokasi lisan oleh orang awam.

Katanya, ini kerana pegawai terbabit telah diberi latihan dan tunjuk ajar mencukupi.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya turut kesal dengan tindakan provokasi dicetuskan orang awam berkenaan.

“Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan atas talian serta pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad.

“Justeru, JIM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sosial jabatan ini untuk maklumat terkini,” katanya.

Terdahulu, berlaku pertengkaran membabitkan seorang lelaki dengan pegawai Imigresen di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Difahamkan lelaki terbabit berang kerana tidak mendapat layanan sewajarnya ketika membuat pasport.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada 10 Ogos lalu itu, kemudian tular menerusi video berdurasi 26 saat di aplikasi TikTok dengan lelaki terbabit dihalau kakitangan Imigresen.

Lelaki berusia 50 tahun itu turut membuat laporan polis susulan insiden tersebut di Balai Polis Sri Muda.

Laporan itu kemudian juga tular di media sosial.

Berdasarkan laporan polis tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu hadir ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang bersama anak-anaknya.

Namun dia dimaklumkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkannya ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 kira-kira pukul 4.30 petang hari sama. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kenapa Relaks Sangat Tu Bro...

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar