web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Afidavit Buktikan Najib Tahu RM42 Juta Masuk Ke Akaunnya Daripada SRC’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 2:25PM

Najib Razak ketika hadir di Mahkamah Persekutuan hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memberitahu Datuk Seri Najib Razak mengetahui tentang RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang masuk ke dalam akaun bank beliau seperti dibuktikan menerusi afidavit bersumpah dalam saman sivil difailkannya terhadap mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.

Semasa penghujahannya dalam perbicaraan rayuan terakhir mantan perdana menteri itu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram berkata, ini disokong oleh peguam Ranjit Singh yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi pada 29 Julai 2019.

“Hakim yang arif (Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali) dengan betul memutuskan afidavit bersumpah perayu (Najib) memberikan keterangan langsung, yang mengesahkan pengetahuan perayu bahawa RM42 juta telah dipindahkan ke akaunnya daripada SRC.

“Perayu hanya tidak mengetahui bahawa dana itu dipindahkan melalui GMSB (Gandingan Mentari Sdn Bhd) dan IPSB (Ihsan Perdana Sdn Bhd).

“Keterangan Ranjit Singh menunjukkan pengetahuan sebenar perayu (Najib) melalui pengakuan dalam rayuan yang difailkan bagi pihaknya dan afidavit bersumpah beliau sendiri dalam saman sivil yang dimulakannya terhadap Tun Ling Liong Sik,” kata Sithambaram.

Najib menegaskan beliau tidak mengetahui sumber dana tersebut.

Semasa perbicaraan pada 2019, Ranjit diminta mengesahkan salinan asal writ saman dan pernyataan tuntutan berkaitan saman yang difailkan Najib melalui peguamnya ketika itu, Datuk Mohd Hafarizam Harun pada 30 Oktober 2015.

Ranjit juga memberi keterangan bahawa Najib mengakui bahawa kira-kira AS$700 juta (RM3.13 bilion), kononnya sebahagian wang derma daripada “penderma Arab”, telah masuk ke dalam akaunnya bersama RM42 juta daripada SRC.

Bagaimanapun Ranjit berkata, Najib tidak mempunyai pengetahuan peribadi bahawa wang itu disalurkan melalui dua perantara iaitu GMSB dan IPSB.

Ranjit mewakili Liong Sik dalam kes saman sivil itu.

Najib memfailkan saman terhadap Liong Sik selepas beliau didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah dalam satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2015. - The Vibes, 19 Ogos, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Ditikam Di sekolah Cedera Paru-Paru, 16 Kesan Tikaman

oleh Amirah Abu Bakar