web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jutaan Pengguna Dapat Akses 5G Seawal Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 10:46AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berjuta-juta pengguna internet mudah alih akan mula menikmati sambungan jalur lebar 5G seawal bulan depan jika kesemua enam syarikat telekomunikasi utama memuktamadkan perjanjian mereka untuk memperoleh pegangan dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Sumber industri berkata, ramai rakyat Malaysia boleh mendapat manfaat daripada pelancaran awal internet berkelajuan tinggi, 5G menjelang pertengahan September, sebaik sahaja syarikat telekomunikasi menandatangani perjanjian berkaitan dengan DNB sebagai pemborong tunggal 5G.

Katanya lagi, beberapa syarikat telekomunikasi sedang menjalankan ujian kelajuan di bandar utama tertentu, menjelang pelancaran 5G, yang akan menyaksikan penggunaan pantas dalam beberapa bulan akan datang.

Ia susulan kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa syarikat telekomunikasi mempunyai masa sehingga 31 Ogos ini untuk memuktamadkan perjanjian bagi memperoleh kepentingan dalam DNB atau berisiko kehilangan manfaat maksimum daripada rangkaian pemborong tunggal (SWN) perkhidmatan 5G di negara ini.

“Sekiranya kesemua enam pengendali rangkaian mudah alih tempatan (MNO) utama mematuhi perjanjian pada masa itu (31 Ogos), maka pelancaran 5G seawal pertengahan September akan dilakukan.

“Tetapi ini adalah senario yang mungkin berlaku dan bukan satu janji, kerana keadaan boleh berubah apabila tarikh akhir semakin dekat,” katanya.

Sumber itu, bagaimanapun, tidak memberi jumlah spesifik pelanggan, namun berkata, ia akan dilaksanakan di beberapa bandar paling padat penduduk dan kejiranan berhampiran.

Difahamkan juga pelancaran infrastruktur 5G oleh DNB telah mencapai 30 peratus daripada kawasan penduduk negara, meliputi bandar utama seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru, selain dari Lembah Klang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mentakrifkan “kawasan berpenduduk” sebagai mempunyai sekurang-kurangnya 20 penduduk setiap kilometer (km) persegi.

Buat masa ini, TM Malaysia dan YES telah mula menawarkan kelajuan 5G kepada pangkalan pelanggan mereka, terutamanya di Lembah Klang, manakala empat syarikat telekomunikasi lain sedang menjalankan ujian ke atas ketersambungan di kawasan berbumbung.

Sumber lain memberitahu The Vibes minggu lalu bahawa Maxis dan U Mobile adalah dua syarikat telekomunikasi yang masih belum bersetuju untuk membeli kepentingan dalam DNB, dan berisiko kehilangan manfaat maksimum daripada rangkaian 5G di negara ini.

Katanya, Maxis dan U Mobile masih boleh melanggan perkhidmatan 5G ditawarkan oleh DNB untuk pelanggan mereka, tetapi syarikat itu akan “dibekukan” daripada memiliki ekuiti sehingga 12 peratus secara individu jika mereka gagal mematuhi terma ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun pada Ahad lalu, Tengku Zafrul memberitahu The Malay Mail bahawa Maxis dan U Mobile bersetuju mengikut jejak langkah empat pesaing lain iaitu Celcom, DiGi, YTL, dan Telekom Malaysia, yang menerima tawaran kerajaan untuk menjadi pemegang saham dalam DNB.

Tengku Zafrul juga berkata, syarikat telekomunikasi asing amat berminat untuk mengambil bahagian dalam pelancaran 5G di negara ini, tetapi pemain industri tempatan harus diberi keutamaan.

Berdasarkan Tinjauan Pengguna Telefon Bimbit 2021 yang dikeluarkan pada Julai lalu, SKMM mendapati kadar penembusan pengguna telefon pintar dalam kalangan 33 juta penduduk Malaysia adalah pada 94.8 peratus tahun lalu.

Penganalisis industri juga menyatakan bahawa unjuran penggunaan data menyaksikan peningkatan kepada 28 gigabait (GB) sebulan bagi setiap pengguna berbanding 25GB tahun ini.

“Dengan purata peningkatan tahunan sebanyak 25 peratus dalam penggunaan data, setiap pengguna dijangka menggunakan purata 186.6GB sebulan menjelang 2031.”

Pada September tahun lalu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan liputan rangkaian 5G kepada 80 peratus daripada kawasan berpenduduk di negara ini menjelang 2024.

Sumber itu juga berkata, bahawa setiap syarikat telekomunikasi membelanjakan kira-kira RM200 juta setiap satu untuk memiliki 11.7 peratus kepentingan dalam DNB, di samping suntikan RM500 juta oleh Kementerian Kewangan untuk memiliki 30 peratus pegangan saham istimewa dalam rangkaian itu.

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa SKMM akan melakukan semakan harga kelajuan rangkaian 5G setiap tiga tahun. - The Vibes, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad