Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketidakstabilan Politik, Masalah Ekonomi Punca Semangat Kemerdekaan Hambar?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 9:11AM

Seorang pekerja LRT memasang Jalur Gemilang di stesen LRT Pasar Seni. – Gambar oleh Hakim Mahari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 pada 31 Ogos ini, semangat untuk meraikan hari bersejarah itu nampaknya hanya suam-suam kuku.

Tinjauan The Vibes di sekitar pusat bandar baru-baru ini mendapati kebanyakan peniaga gagal menghiasi premis mereka dengan Jalur Gemilang.

Kawasan seperti Pasar Sentral, Jalan Petaling, Dataran Merdeka, KLCC dan Masjid Jamek tidak dihiasi bendera, situasi yang agak luar biasa, memandangkan rakyat Malaysia kebiasaannya berlumba-lumba memasang Jalur Gemilang sepanjang bulan ini pada setiap tahun.

Hanya beberapa kedai sudah dihiasi bendera, manakala seorang pekerja LRT dikesan memasang Jalur Gemilang di stesen LRT Pasar Seni.

Ternyata rakyat Malaysia turut membincangkan kemerosotan semangat patriotik di negara ini berbanding penduduk Singapura yang baru sahaja meraikan sambutan kemerdekaannya ke-57 pada 9 Ogos lalu di media sosial.

Walaupun negara bakal meraikan kemerdekaannya yang ke-65 pada 31 Ogos, keghairahan menyambut hari bersejarah itu nampaknya suram. - Gambar oleh Hakim Mahari
Walaupun negara bakal meraikan kemerdekaannya yang ke-65 pada 31 Ogos, keghairahan menyambut hari bersejarah itu nampaknya suram. - Gambar oleh Hakim Mahari

Pengguna Twitter @sharidzuan_ meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa negara dengan berkata, bulan kemerdekaan sepatutnya mengenai perasaan cinta terhadap negara dan berbangga dengan 65 tahun kemerdekaan kita.

“Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini adalah seperti rakyat Malaysia menjual negara mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, pengguna Twitter @carolineanushya menerusi ciapannya berkata: “Keadaan seperti seluruh negara sedang berkabung. Kita tidak lagi dijajah tetapi masih dibelenggu.”

Seorang lagi pengguna Twitter @shanghaifish berkata, “Semua orang terpalit dengan begitu banyak skandal mega di Malaysia. Tiada siapa peduli jika anda menggantikan bendera lusuh dan menaikkan yang baharu pada bulan kemerdekaan lagi.”

Pelatih industri di Muzium Tekstil Negara Harith Naim Ishak berkata, berdasarkan pemerhatiannya hari-hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diselubungi kesuraman, walaupun negara tidak lagi melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan seperti semasa kemuncak wabak COVID-19.

Ketika ditanya mengapa perkara ini berlaku, Harith yang juga pelajar tahun akhir di sebuah universiti berkata, rakyat Malaysia berkemungkinan sibuk dengan tanggungjawab lain.

“Selepas dua tahun berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ada pihak berhasrat untuk keluar dari bayang-bayang atau menstabilkan perniagaan mereka. Ada yang perlu menyara keluarga dan ada mungkin masih bergelut untuk mendapatkan pekerjaan.

“Hari Kebangsaan akan disambut seperti biasa walaupun tidak semeriah dahulu. Semangat patriotik sudah hilang,” katanya.

 Harith Naim Ishak
Harith Naim Ishak

Selain itu katanya, keadaan tersebut didorong perhatian semasa diberikan kepada isu berkaitan kerajaan, seperti dasar lemah, masalah ekonomi, dan kontroversi berterusan yang menjejaskan imej kerajaan.

“Orang ramai jelas tidak memihak kepada kelakuan tidak wajar (di kalangan mereka yang berkuasa).

“Lebih teruk apabila ia berlaku pada bulan kemerdekaan. Ia memberi gambaran bahawa negara ini tidak ‘merdeka’ langsung.

Jurutera terowong Derek Eng, 35, berkata, Hari Kebangsaan bukanlah perayaan sama seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, di mana orang ramai biasanya membelanjakan wang, sebaliknya mereka pergi ke Dataran Merdeka atau menonton perarakan di rumah bersama keluarga.

“Saya tidak dapat menafikan bahawa orang ramai marah kepada kerajaan kerana pengurusan lemah terhadap peningkatan kos sara hidup dan masalah pengangguran.

“Tetapi saya percaya rakyat Malaysia cukup arif untuk membezakan antara menyokong kerajaan dan negara.

“Kemarahan mereka bukan terhadap negara, sebaliknya kerajaan. Semangat patriotik terhadap Malaysia kekal sehingga hari ini, dan mereka mungkin menyambut Hari Kebangsaan seperti biasa,” katanya.

Eng percaya bahawa Hari Kebangsaan bukan semata-mata hari untuk diraikan, sebaliknya menandakan perjalanan yang masih panjang.

Sementara itu, pelajar universiti Muhammad Noraiman, 22, berkata, rakyat Malaysia ketika ini masih mengalami tekanan berikutan jurang sosial berterusan antara kaum, masalah ekonomi yang semakin meruncing, dan isu gaji minimum.

Muhammad Noraiman
Muhammad Noraiman

“Lebih teruk lagi, orang ramai tidak berpuas hati dengan keadaan politik hari ini. Semua pihak menuding jari antara satu sama lain dan menggunakan isu semasa sebagai modal politik.

“Rakyat tidak berpuas hati dan kecewa dengan keadaan semasa negara kita kerana rasuah yang berleluasa terus wujud.

“Menyambut Hari Kebangsaan tidak bermakna jika kita masih tidak bebas daripada tadbir urus yang lemah,” katanya kepada The Vibes. - 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

JPJ Terima Lebih RM20 Juta Hasil Kutipan Nombor Pendaftaran Siri M_M

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Posmen Jadi Duta Kecil Pupuk Semangat Patriotik Sempena Hari Kebangsaan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Acara Naikkan Bendera Buka Tirai PAU 2022 Secara Rasmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Hari Keempat Kempen Catat Perbuatan Khianat Tertinggi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi