web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Posmen Jadi Duta Kecil Pupuk Semangat Patriotik Sempena Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 12:10PM

Pelepasan konvoi posmen pada program Semarak Gemilang bersama Pos Malaysia Kedah sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pejabat Pos Besar Jalan Stadium,Alor Setar hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kakitangan dan anggota Posmen memainkan peranan sebagai ‘duta kecil’ bagi menerap dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di Kedah, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pengarah Penerangan Kedah, Nasrudin Mahmud berkata ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.

"Posmen ini pasang bendera di motosikal masing-masing dan setiap hari mereka masuk ke semua kawasan kampung dan bandar untuk menghantar surat. Secara tidak langsung, masyarakat dapat lihat walaupun posmen ini sibuk, mereka masih sempat dan bersemangat meletakkan bendera.

"Jadi, mereka ini seperti 'duta kecil' yang mengajak masyarakat untuk turut sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis masing-masing di seluruh Kedah," katanya pada sidang media di Pejabat Pos Besar Alor Setar, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Semarak Gemilang Bersama Pos Malaysia Negeri Kedah yang turut dihadiri Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Kedah/Perlis, Yushaini Yusoff.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan pelepasan konvoi 50 motosikal posmen dan aktiviti menghias serta memasang Jalur Gemilang di Pejabat Pos Besar Alor Setar.

Menurut Nasrudin, sepanjang tempoh Hari Kebangsaan sebanyak lima program utama sudah dan akan dijalankan oleh Jabatan Penerangan dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam setiap lapisan masyarakat di Kedah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad