web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Hari Keempat Kempen Catat Perbuatan Khianat Tertinggi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 6:13PM

Polis turut menahan tiga individu, masing-masing di Johor Bahru Utara, Johor; Petaling Jaya, Selangor dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. - Gambar hiasan Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari keempat kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan peningkatan laporan perbuatan khianat terhadap calon dan parti politik setakat semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 13 daripadanya membabitkan perbuatan khianat.

Menurut beliau, polis turut menahan tiga individu, masing-masing di Johor Bahru Utara, Johor; Petaling Jaya, Selangor dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

“PDRM menerima 13 laporan berkaitan kes khianat bahan kempen seperti bakar, merosakkan dan mencuri bendera, poster, kain rentang serta papan iklan milik calon atau gabungan parti politik, semalam.

“Empat kes berlaku di Sarawak, masing-masing dua di Lubuk Antu dan Serian; dua di Johor (Johor Bahru Utara dan Kota Tinggi) dan dua lagi di Pahang (Kuantan dan Bera),” katanya hari ini.

Hazani yang juga Pengarah Operasi PRU-15 PDRM berkata, perbuatan khianat bahan kempen pula direkodkan berlaku di Barat Daya, Pulau Pinang; Ranau, Sabah; Muallim, Perak dan Seremban, Negeri Sembilan.

Menurutnya, semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (curi), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) serta Seksyen 436 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Sementara itu, beliau berkata, tiga tangkapan dibuat ke atas tiga lelaki dengan satu daripadanya berkait kes bakar bendera di Jalan Penyiaran 2, Taman Universiti, Skudai, Johor, semalam.

“Tangkapan kedua pula berkait ugutan dibuat seorang lelaki yang meminta wang perlindungan berjumlah RM2,500 daripada petugas di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya.

“Wang perlindungan itu sekiranya PH mahu mendirikan khemah serta berkempen di kawasan sekitar dan suspek turut mengugut akan membuat kacau jika kehendaknya tidak dipenuhi,” katanya yang memaklumkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Tangkapan ketiga jelas Hazani, membabitkan serangan  sekumpulan lelaki terhadap seorang penduduk di Senangin 2, Taman Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.

“Beberapa lelaki pergi ke rumah pengadu dan memberitahu mereka mencabut bendera DAP dipasang di Kampung Main Road, Perai sebelum memarahi pengadu kerana memasang bendera di situ.

“Kumpulan lelaki berkenaan yang mengaku sebagai gangster  terus menyerang serta memukul mangsa menggunakan topi keledar sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau memberitahu, seorang daripada suspek berjaya ditahan, hasil siasatan dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan Hazani berkata, PDRM turut membuka beberapa kertas siasatan berhubung kes fitnah, mengeluarkan kata-kata lucah, penghinaan serta gangguan seksual.

“Berkenaan ceramah pula, sebanyak 1,301 ceramah berpermit dijalankan di seluruh negara oleh calon yang bertanding semalam namun terdapat lapan daripadanya yang dikesan dibuat tanpa permit,” katanya. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan