web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ Terima Lebih RM20 Juta Hasil Kutipan Nombor Pendaftaran Siri M_M

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 11:35AM

Jabatan Pengangkutan Jalan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran M_M pada 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Kemerdekaan. gambar Facebook JPJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih RM20 juta hasil kutipan keseluruhan bagi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan nombor pendaftaran M1M adalah NPI paling tinggi dibida dengan nilaian RM622,000 manakala M5M berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000.

“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan nilaian RM350,000. Siri M__M ini sudah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida.

“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah sebanyak 25,033 orang dan sejumlah 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” menurut kenyataan itu.

JPJ menjelaskan lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M iaitu 39 pembida, M155M (33 pembida), M51M (32 pembida), diikuti dengan M313M (31 pembida) dan seterusnya M39M sebanyak 28 pembida.

“Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka’ telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak sekali gus menunjukkan semangat dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023,” menurut kenyataan itu.

JPJ mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 Sept lalu dan berterima kasih kepada semua pengguna yang sudah menyertai bidaan itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.

Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar