web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Roti RM5, Hospital Sultan Ismail Beri Amaran Turunkan Harga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 6:02PM

Roti sosej yang dijual di HSI mencecah RM5 tular di media sosial. - Gambar Facebook Choundhry Sundaram Padiachee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik sebuah kedai roti di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru diarahkan untuk menurunkan harga makanan serta merta, selepas tindakannya yang menjual roti sosej sehingga mencecah RM5 tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, tindakan terbabit diambil pihak pengurusan hospital selepas insiden tersebut hangat diperkatakan.

“Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti atau makanan lain yang dijual adalah berpatutan.

“Hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital terbabit,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Choundhry Sundaram Padiachee meluahkan rasa kecewa terhadap pemilik kedai roti itu kerana menjual dengan harga yang mahal.

Katanya, harga diletakkan membebankan pesakit dan keluarga mereka, khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

“Saya tanya semula kepada penjaga kaunter untuk mengesahkan harga itu dan dia mengangguk, menandakan ia adalah benar.

“Jika makanan ini dijual begitu mahal, macam mana keluarga pesakit atau pekerja di sini nak membeli sebagai usaha menyokong perniagaan di hospital ini. Adakah sewa tapak di hospital mahal sangat sehingga terpaksa menjual makanan pada harga yang tinggi macam ini? Atau pun harga bahan mentah mahal sangat?” soalnya.

Sementara itu, Choundhry menerusi hantaran terbaharunya merakamkan penghargaan terhadap tindakan segera yang diambil pengurusan HSI.

“Semoga ia akan memberi manfaat kepada semua. Di waktu susah ini, diharapkan semua dapat pastikan harga barangan dijual di premis kerajaan tidak melampau.

“Kebanyakan pesakit, pelawat atau petugas yang datang ke hospital kerajaan adalah dalam golongan B40,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan