web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Kukuh Kaitkan Kematian PPS Di Hospital Pulau Pinang Dengan Unsur Buli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 12:54PM

Dr Siti Hamisah Tapsir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiada bukti kukuh bagi mengaitkan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan unsur buli di tempat kerja, kata Pengerusi Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.

Beliau berkata ia adalah dapatan HWCITF selepas melaksanakan analisis ke atas Laporan Pengesanan dan Pengesahan oleh Unit Integriti Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung insiden itu.

“HWCITF mengekalkan pandangan ini selagi mana tiada maklumat tambahan berkaitan insiden kematian PPS daripada polis menerusi siasatan mereka ke atas kes ini,” katanya pada taklimat media khas laporan Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan 2022 di sini hari ini.

HWCITF ditubuhkan pada 13 Mei lepas susulan insiden kematian seorang PPS di HPP selain laporan dan aduan yang diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh PPS malah kakitangan perkhidmatan kesihatan.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran HPP.

Mengenai dapatan kaji selidik berkaitan budaya kerja yang disertai 110,411 pegawai dan kakitangan KKM, beliau berkata lebih 60 peratus responden kaji selidik menyatakan budaya kerja di KKM adalah positif terutamanya penjagaan pesakit, komuniti dan kerja berpasukan.

Katanya, insiden ‘burnout’ (lesu upaya) dan buli serta budaya kerja kurang sihat dapat disahkan berlaku di KKM namun pada tahap yang berbeza dan bukan di semua fasiliti kesihatan KKM.

“Didapati budaya buli tidak hanya berlaku dalam kalangan PPS, malah ia berlaku merentasi semua peringkat warga kerja KKM secara langsung atau tidak langsung

“Antara faktor penyumbang ialah kekurangan kecekapan, kemahiran dan tahap kesediaan untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan,” katanya.

Siti Hamisah berkata HWCITF mendapati pematuhan terhadap pelaksanaan sistem kerja fleksi PPS dalam garis panduan tidak menyeluruh dan latihan PPS tidak konsisten antara satu hospital dengan hospital lain termasuk waktu kerja PPS yang panjang.

“Justeru, HWCITF mencadangkan pendekatan yang lebih berstruktur dan konsisten melalui pematuhan dan pemantapan standard serta garis panduan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata HWCITF juga mendapati terdapat keperluan untuk mengoptimumkan bilangan sumber manusia dan kemudahan infrastruktur bagi memastikan kesinambungan penjagaan pesakit yang terbaik.

Selain itu, kebanyakan urusan kerja masih dilaksanakan secara manual dan kekurangan pendigitalan telah menyebabkan peningkatan beban kerja yang boleh dielakkan serta melewatkan proses penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Siti Hamisah berkata HWCITF turut menggariskan 10 syor utama bagi tujuan penambahbaikan dan memperkasakan perkhidmatan kesihatan di KKM dan di kesemua fasilitinya.

Antara syor-syor tersebut adalah pendigitalan proses pengintegrasian sistem digital sedia ada, penambahbaikan sistem e-Housemen serta penubuhan kumpulan sokongan PPS dan lain-lain perkhidmatan

“Cadangan penambahbaikan budaya kerja mestilah tidak memberi kesan negatif kepada kualiti pegawai perubatan dan perkhidmatan mereka.

“Ini kerana terdapat ramai lagi pegawai perubatan yang dilatih dalam suasana yang kondusif dan mampu memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Sarawak: 1,361 Mangsa Masih Ditempatkan Di 12 PPS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar