web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tumbuk, Toreh Muka Rakan Selepas Enggan Bayar Kos Baiki Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 5:13PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara enggan membayar kos membaiki kerosakan kereta milik rakannya, seorang lelaki ‘naik hantu’ dengan memukul dan menoreh muka mangsa di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu itu, mangsa dikatakan dihubungi teman wanita suspek memberitahu bahawa kekasihnya mahu bertemu mangsa untuk berbincang mengenai masalah kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebaik tiba di lokasi ditetapkan, kedua-dua mereka berbincang, namun suspek mengatakan tidak boleh membayar ganti rugi itu dan mengajak bergaduh.

“Secara tiba-tiba suspek terus cuba menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan menggunakan pisau kecil.

“Susulan itu, pada 2 pagi tadi, sepasukan polis membuat serbuan di Semenyih, Kajang dan menahan suspek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek berusia 24 tahun menyatakan pisau lipat digunakan ketika kejadian dibuang di sekitar kawasan tempat kejadian ketika melarikan diri.

“Semakan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dadah.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek disyaki positif dadah jenis THC,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham, tindakan kedua-dua mereka meninggikan suara dan suspek enggan membayar kos baiki kereta.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran