web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komitmen PM Minta Nyahklasifikasi ‘Skandal’ LCS Bukti Ketelusan Kerajaan, Wajar Diiktiraf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 12:57PM

Perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dinyahklasifikasi dan didedah kepada umum. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan laporan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK) mengenai perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dinyahklasifikasi dan didedah kepada umum, membuktikan beliau bersungguh-sungguh menangani ‘skandal’ itu sebaik mungkin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, justeru komitmen Ahli Parlimen Bera itu supaya skandal terbabit dikendalikan dengan telus mengikut lunas undang-undang negara wajar diberi pengiktirafan.

“Kadang, amat mudah untuk kita bersikap sinis dengan pemimpin kita. Namun, janganlah sehingga menjadikan kita tidak lagi objektif dan gagal bersifat rasional.

“Perdana Menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan cara tersendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

 

Perdana Menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri. Benar rakyat gelisah dengan...

Posted by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Monday, August 15, 2022

Terdahulu, Ismail Sabri menegaskan, mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini, memutuskan agar Laporan JKSTUPKK yang dipengerusi mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenar disiarkan kepada umum.

Beliau berkata, Jemaah Menteri mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasi.

Namun, menurut Ismail Sabri, proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, sesungguhnya bukan mudah kerajaan mengemudi negara dalam keadaan sangat mencabar sebegini.

Lantaran itu, tegasnya, semua pihak mesti mengiktiraf keputusan kerajaan dalam memastikan kos sara hidup tidak begitu membebankan.

“Benar rakyat gelisah dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang meningkat. Ini bukan isu berlaku di Malaysia sahaja (namun), ia fenomena global akibat dari elemen ‘multifacated’ (pelbagai sudut) di luar kawalan kerajaan.

“Bukanlah mudah untuk kerajaan memutuskan hampir RM80 bilion dibelanjakan bagi membiayai subsidi pelbagai komoditi dan barangan keperluan rakyat pada tahun ini.

“Ia hampir sepertiga dari perolehan negara. Jumlah sangat besar ini bermakna kita terpaksa mengorbankan banyak keperluan pembangunan yang sangat diperlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled komitmen itu turut merangkumi keputusan Perdana Menteri menghapuskan permit import (AP) bagi import bahan makanan yang disifatkan langkah sangat berani dan tepat bagi mengatasi segala masalah kecukupan makanan dihadapi negara.

“Apatah AP seperti suatu ‘sumpahan’ yang semua orang ingin menghindari dari menyentuhnya selama ini,” katanya.

Sementara itu, semenjak Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, Mohamed Khaled berkata, beberapa pembaharuan politik radikal dilaksanakan Naib Presiden UMNO itu.

“Penting untuk kita menghargai kejayaan beliau membanteras kecurangan politik dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti. Kejayaan ini sangat istimewa kerana selepas begitu lama, ia boleh diselesaikan dalam hanya setahun pentadbiran beliau.

“Sekarang, kerajaan beliau sedang mempercepatkan RUU Pendanaan Politik. Semua ini adalah perkara tidak mungkin terjadi tanpa kemahuan politik dan kepimpinan yang fokus,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad