Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Belia Muflis Turun Dalam Tempoh 3 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 4:53PM

Jumlah kes muflis yang melibatkan golongan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes muflis yang melibatkan golongan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker. 

Beliau berkata berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah belia muflis pada 2020 sehingga Jun lepas adalah 10,137 orang.

Menurutnya penurunan kes muflis bagi belia berumur bawah umur 25 tahun merekodkan 21 belia pada 2020 dan telah menurun kepada 20 orang pada 2021 manakala hanya enam orang direkodkan sehingga Jun lepas.

 “Trend penurunan jumlah belia muflis juga dapat dilihat ke atas belia berumur 25 tahun hingga 34 tahun, di mana pada 2020 seramai 1,741 belia telah mengalami muflis. Jumlah ini telah menurun kepada 1,060 pada 2021 dan 425 orang sehingga Jun 2022.

“Situasi yang sama juga dapat dilihat kepada belia berumur 35 hingga 44 tahun. Pada 2020 direkodkan seramai 3,150 orang belia telah mengalami muflis dan ia turun kepada 2,535 orang pada 2021 serta 1,179 orang sehingga Jun lepas,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Aziz Ariffin mengenai jumlah belia yang telah diisytiharkan muflis pada 2020 sehingga kini dan punca utama mereka diisytiharkan muflis.

Menurut Ti, isu pinjaman peribadi menjadi punca utama kes muflis dengan 1,486 orang atau 47 peratus daripada 3,165 keseluruhan kes, diikuti 249 kes disebabkan sewa beli kenderaan dan 654 kes melibatkan pinjaman perniagaan.

Katanya 284 kes pula berikutan pinjaman perumahan manakala 140 kes akibat hutang kad kredit, 84 kes (penjamin korporat), 83 kes (hutang cukai pendapatan), 65 kes (kegagalan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), tujuh kes (biasiswa atau pinjaman pelajaran) dan 113 kes disebabkan oleh keberhutangan lain.

Dalam perkembangan lain, Ti memakluman kadar pengangguran belia yang berumur 15 hingga 30 tahun bagi tempoh sehingga Mei lepas menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus dengan belia yang menganggur menurun sebanyak 25,500 daripada 501,200 orang pada April 2022 kepada 475,700 orang pada Mei 2022.  

Beliau berkata berdasarkan data tenaga buruh, Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 30 tahun bagi 2021 adalah seramai 533,800 orang dengan kadar peratusan 8.5 peratus. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran