web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkukuhkan Keselamatan Perairan Sabah Sarawak, Bersedia Hadapi Sebarang Konflik - Ahmad Hassan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 4:04PM

Langkah ini adalah bagi memastikan negara ini berada dalam situasi mampu bertahan jika berlaku sebarang konflik di Laut China Selatan - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mengukuhkan aspek keselamatan di perairan sempadan Sabah dan Sarawak khususnya yang melibatkan aspek pertahanan dan ketenteraan strategik.

Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan negara ini  berada dalam situasi mampu bertahan jika berlaku sebarang konflik di Laut China Selatan.

Menurutnya, siri pencerobohan di perairan Sabah dan Sarawak oleh pihak berkuasa dan ketenteraan China kebelakangan ini membuktikan kedaulatan Malaysia semakin tidak dihormati.

"Keselamatan kita di Laut China Selatan melibatkan perairan Sabah dan Sarawak kerap dicerobohi sesuka hati oleh China walaupun pelbagai usaha telah diambil Malaysia, sama ada melalui rundingan atau diplomatik.

"Namun, saya lihat usaha ini tidak cukup kerana masih tidak diendahkan China, jadi kita harus lebih tegas kerana ia melibatkan kedaulatan serta keselamatan rakyat, khususnya di kedua-dua wilayah (Sabah dan Sarawak)," katanya hari ini.

 Ahmad berkata, situasi sama turut dialami oleh negara ASEAN lain dan ia menunjukkan China tidak teragak-agak mengerahkan tenteranya untuk bertindak terhadap negara lain sekiranya merasakan hak wilayah mereka terancam.

"Sudah tiba masanya Malaysia mengambil tindakan segera dengan mengukuhkan aspek ketenteraan di sempadan perairan kita sebelum Laut China Selatan menjadi medan perang dunia ketiga," katanya.

Ahmad Hassan - Gambar Fail
Ahmad Hassan - Gambar Fail

Tambah Ahmad, China tanpa segan silu mengukuhkan kehadiran mereka di Laut China Selatan dengan mendirikan kemudahan ketenteraan di atas pulau-pulau yang masih dalam pertikaian.

Republik itu juga katanya, menambah peruntukan ketenteraan mereka baru-baru ini untuk kawasan itu, sekali gus menimbulkan ketegangan di rantau terbabit.

Jelasnya, Filipina buat pertama kali telah diberi amaran langsung oleh China apabila menjalankan aktiviti yang disifatkan sebagai provokasi ketenteraan walaupun di dalam kawasan perairan sendiri.

"Lihat apa berlaku di Taiwan ketika ini apabila tentera China melakukan latihan secara besar-besaran di sekitar perairan Taiwan sebagai bantahan, susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke pulau tersebut.

Jika berlaku konflik di Laut China Selatan, tentunya Sabah dan Sarawak akan menjadi barisan hadapan sekiranya Malaysia terus lemah dan tidak bertegas dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan perairan kita," tegasnya.

Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut menggesa kerajaan Malaysia mencontohi kelompok negara lain yang sudah mula mengukuhkan aspek ketenteraan termasuk keselamatan di perairan sempadan masing-masing.

Malaysia katanya, wajar melakukan tindakan sama dengan mempertingkat dan menaiktaraf aset ketenteraan khususnya aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tegas beliau, adalah malang bagi Malaysia apabila projek enam kapal tempur pesisir (LCS) yang bernilai RM9 bilion mengalami kelewatan dan gagal disiapkan sehingga hari ini.

"Ini menunjukkan negara kita tidak berada dalam kesiapsiagaan dari segi keselamatan maritim dengan kontroversi melibatkan aset ketenteraan kita (LCS) yang sebenarnya amat penting.

"Jika Malaysia terus kelihatan lemah dalam menjaga kedaulatan di sempadan perairan, kita bakal berhadapan banyak kerugian khususnya kepentingan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) iaitu sektor perikanan.

"Sabah dan Sarawak dilihat sebagai pihak paling rugi dalam isu ini dan akan berterusan menjadi wilayah yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi," katanya.  - Getaran, 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar