Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Peserta Perhimpunan #ManaKapalLCS Bantah Salah Urus Projek Kapal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 5:50PM

Perhimpunan #ManaKapalLCS berlangsung selama satu setengah jam dan diadakan secara aman tanpa sebaran insiden tidak diingini - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 orang berhimpun di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di sini, bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa terbabit salah urus projek kapal tempur pesisir (LCS) dalam satu perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan #ManaKapalLCS berlangsung satu setengah jam itu diadakan secara aman tanpa sebaran insiden tidak diingini yang menyaksikan peserta melaungkan ketidakpuasan hati sambil memegang sepanduk tertera beberapa slogan.

Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Luqman Long berkata, projek LCS yang menyaksikan kos RM6 bilion hasil wang pembayar cukai yang dibelanjakan, kini ‘hilang di laut’, meskipun ia boleh disalurkan untuk kegunaan penting lain.

Antara sepanduk yang dipegang sepanjang perhimpunan #ManaKapalLCS hari ini - Gambar oleh Alif Omar
Antara sepanduk yang dipegang sepanjang perhimpunan #ManaKapalLCS hari ini - Gambar oleh Alif Omar

Jelasnya, sejumlah besar wang diperuntukkan untuk membeli hampir semua peralatan diperlukan bagi membina kapal itu, tidak membuahkan hasil setakat ini.

“RM6 bilion ini boleh digunakan untuk membina 243 sekolah, 108,000 rumah dan sarapan percuma kepada 200,000 pelajar selama 64 tahun.

“Beritahu ini kepada ibu bapa, kawan-kawan, saudara-mara dan jiran-jiran,” katanya pada himpunan itu.

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa perbelanjaan untuk projek pertahanan adalah penting.

“Saya tidak mahu wang itu digunakan bagi pendidikan atau perumahan kerana dana itu bertujuan untuk tentera kita.

“Dana itu adalah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sudah lebih 12 tahun (sejak kontrak itu dipersetujui dan ditandatangani), namun tiada satu kapal pun dilihat,” jelas Luqman.

Perhimpunan itu diadakan susulan pendedahan berkaitan projek berkenaan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Khamis lalu.

Dalam laporan itu, PAC mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab dalam skandal terbabit, berdasarkan penemuan yang menunjukkan bahawa sejumlah RM6 bilion sudah dibelanjakan bagi membina enam LCS, namun masih belum disiapkan sejak projek bermula pada 2013.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Sabtu lalu berkata, penyiasatan kini di peringkat akhir dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan.

Mengulas lanjut, Luqman hari ini menggesa supaya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditahan kerana gagal menyiapkan projek terbabit.

Syed Saddiq yang membandingkan projek bernilai berbilion ringgit itu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Syed Saddiq yang membandingkan projek bernilai berbilion ringgit itu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Sebagai rekod, Hishammuddin bertanggungjawab mengawasi projek itu sepanjang tempohnya memegang portfolio sama, dari 2013 hingga 2018 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Perhimpunan diadakan itu turut menggesa Putrajaya memenuhi tiga tuntutan, iaitu siasatan segera ke atas skandal LCS, peletakan jawatan Hishammuddin dan menjawab surat teguran mantan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berhubung projek itu.

Pemimpin lain yang hadir pada perhimpunan itu adalah Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengasas bersama MUDA, Amir Abdul Hadi.

Syed Saddiq yang membandingkan projek bernilai berbilion ringgit itu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata, isu LCS bukan ‘mainan kanak-kanak’ dan rakyat tidak boleh tertipu dengan penjelasan kerajaan.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan terbesar terhadap rakyat, Ahli Parlimen Muar itu berkata, kedaulatan negara terancam disebabkan sikap kerajaan yang tidak berhati-hati dalam mengendalikan projek berkenaan.

“Ini bukan perkara main-main! Rakyat sudah muak! Sudah 12 tahun namun kapal masih belum siap.

“Kita harus ingat, perjanjian dibuat pada 2011. Kapal yang siap seperti dipamerkan Menteri Pertahanan pada 2017 adalah kapal yang sama didakwa masih dalam pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Amir sekali lagi mengulangi permintaan peserta perhimpunan terbabit dan beberapa lagi pihak supaya Hishammuddin meletakkan jawatan kerana tidak telus berhubung skandal berkenaan.

Perhimpunan itu diawasi lebih 100 anggota dan pegawai polis dari pelbagai jabatan yang berkawal di hadapan pusat beli-belah berkenaan. - The Vibes, 14 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 4 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Mahasiswa Terkesan Polisi Hutang Perlu Hubungi Jabatan Bendahari - UM

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia