Berita Terkini

17 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Patut Dah Lama Praktik Sepenuhnya Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi Kerajaan’ - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:25PM

Arahan kerajaan supaya Ketua Jabatan perkhidmatan awam memastikan setiap urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya seharusnya dipatuhi dan tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arahan kerajaan supaya Ketua Jabatan perkhidmatan awam memastikan setiap urusan rasmi jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, patut dilaksanakan sejak dahulu, sejajar Dasar Bahasa Kebangsaan yang dibentuk pada era 70-an.

Dasar tersebut ditubuhkan bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaan.

Justeru, arahan dikeluarkan menerusi pekeliling bertarikh 9 Ogos itu seharusnya dipatuhi sebaik mungkin dan tidak wajar dipertikaikan mana-mana pihak.

Pakar Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menegaskan, bahasa Melayu ‘wajib’ diamalkan sebagai bahasa pentadbiran seperti termaktub dalam dasar penggunaan bahasa kebangsaan.

“Namun amalan ini tak dipraktikkan sejak dulu. Seharusnya peringatan supaya bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi negara, tak payah diberitahu berulang kali. Patut ketua jabatan sendiri ada perasaan bangga terhadap bahasa ini dan menerapkannya.

“Saya sokong apa-apa usaha yang mengingatkan ketua jabatan supaya menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang urusan rasmi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim - Gambar Fail
Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim - Gambar Fail

Nik Safiah berkata, setiap rakyat mesti mematuhi dan mengamalkannya tanpa kompromi memandangkan dasar itu diperkenalkan kerajaan.

“Dasar kerajaan ini kita kena amalkan. Sama juga apabila ke mana-mana kita pergi pun, termasuk di luar negara, kita kenalah hormat dasar mereka, termasuk membabitkan aspek bahasa.

“Jika ada mana-mana pihak tak suka dengan dasar dibuat kerajaan, tak payah duduk sini (Malaysia),” tegasnya.

Semalam, tular pekeliling yang meminta Ketua Jabatan memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa itu dalam perkhidmatan awam.

Perkara itu dinyatakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam yang disertakan bersama surat edaran bertarikh 9 Ogos 2022 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Surat Edaran JPA.(S).100-1/3/3 ( 8 ), bertarikh 9 Ogos 2022:  Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam - Gambar Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
Surat Edaran JPA.(S).100-1/3/3 ( 8 ), bertarikh 9 Ogos 2022: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam - Gambar Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam

Antara lain pekeliling itu menyebut, persediaan dan tindakan proaktif seperti menyediakan kemudahan, perkhidmatan penterjemahan serta peruntukan kewangan perlu diberi perhatian sewajarnya, bertujuan memastikan arahan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dapat dilaksanakan.

Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu secara rasminya diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, malah ia berkait rapat dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Ketiga-tiga dasar berkenaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan sebagai fokus utama.

Bagi Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan, arahan pekeliling itu selaras dengan tugas DBP untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam dua aspek, iaitu tahap penggunaan dan mutu penggunaan bahasa.

Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan - Gambar Fail
Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan - Gambar Fail

Katanya, tahap penggunaan bahasa Melayu harus ditingkatkan supaya memenuhi peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan agar urusan rasmi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam menggunakan bahasa Melayu.

Beliau berkata, Program Audit Bahasa Melayu yang digerakkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan DBP sejak tahun 2013 menunjukkan, ada ruang perlu dibaiki dalam peratusan penggunaan bahasa di jabatan dan agensi kerajaan.

Jelasnya, keperluan itu juga membabitkan aspek mutu bahasa yang masih menunjukkan adanya kelemahan dalam penggunaan bahasa bermutu.

“Pekeliling itu adalah pengukuhan (kepada) pekeliling tentang penegasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dikeluarkan JPA. Yang Pertama Pekeliling Bil. 9 pada tahun 2011 dan kedua pekeliling Bil. 1 tahun 2020.

“Sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP saya menyokong penuh pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Shafik Abdullah,” katanya.

Tegas beliau, tiada sebab untuk mana-mana pihak keberatan untuk mematuhi arahan dalam pekeliling itu kerana tidak sepatutnya pengabaian Dasar Bahasa Kebangsaan atau kegagalan menguasai bahasa Melayu masih berlaku selepas 65 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Pada masa sama, Awang berharap tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada kelonggaran diberikan dalam hal penggunaan bahasa Inggeris yang terhad pada keperluan khusus.

Ditanya apakah pendekatan tambahan harus dilakukan untuk memperjuang dan terus memperkasakan bahasa Melayu, beliau berkata, arahan pemantauan secara berkala yang dilakukan perlu dirancang pelaksanaannya oleh setiap Ketua Jabatan.

“Fokus terhadap aspek bahasa perlu ditingkatkan dalam penilaian prestasi kerja tahunan penjawat awam, sebagai galakan menggunakan bahasa Melayu untuk urusan rasmi dan melahirkan bahasa bermutu. 

“Program pembinaan Munsyi Muda Bahasa Melayu dilaksanakan JPA, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan DBP sejak tahun 2016 juga perlu diluaskan agar di setiap jabatan terdapat pegawai bertaraf pakar bahasa,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad turut senada dan berkata, arahan terbabit akan mewujudkan situasi lebih baik dalam menggalakkan penggunaan bahasa Melayu, sekali gus meletakkan ia sebagai bahasa utama seperti ditetapkan menerusi Dasar Bahasa Kebangsaan.

Dr Anuar Ahmad - Gambar Fail
Dr Anuar Ahmad - Gambar Fail

“Mungkin sebelum arahan itu dikeluarkan ada segelintir pihak tidak mahu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan rasmi di jabatan dan agensi kerajaan, jadi kini ia diwajibkan,” katanya.

Anuar menegaskan, masalah tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan rasmi itu berkemungkinan berpunca daripada kurang kesedaran dalam kalangan individu, tiada jati diri kukuh dan tidak ada rasa untuk mengangkat bahasa berkenaan.

“Pada saya dalam dokumen berkaitan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1967 (ditubuhkan bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan), sangat jelas bahasa Melayu harus digunakan meluas dalam urusan rasmi negara.

“Saya sambut baik (arahan pekeliling) dan harap semua Ketua Jabatan ambil perhatian. Kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa malu tidak menggunakan bahasa ini secara meluas, terutama membabitkan urusan rasmi,” katanya.

Selain itu, Anuar berkata, apa yang harus difahami adalah apabila penggunaan bahasa Melayu diwajibkan, ia bukan bermaksud bahasa Inggeris dipinggirkan.

“Gunalah bahasa Melayu dengan baik, tapi kena kuasai bahasa Inggeris. Wajibkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi, tapi jangan pernah nafi kepentingan bahasa Inggeris.

“Fungsi kedua-dua bahasa ini berbeza, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa dalam urusan rasmi, manakala bahasa Inggeris adalah bahasa kerjaya dan bahasa perniagaan. Kita mahu anak kita dan generasi muda kuasai dua-dua bahasa sebaiknya,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Sekolah Khas Bukti Kerajaan Serius Atasi Isu Kemiskinan - Pakar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

KPM Adakan Peperiksaan Ulangan Untuk Pastikan Calon SPM Miliki Sijil

Sorotan

1

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

3

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

4

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

5

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

6

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Luar Negara 3 jam yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan