web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persenda Islam Tindakan Tolol, Pelaku Berdepan Seksaan Neraka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:10PM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan ‘tolol’ sesetengah individu yang mempersendakan Islam tidak akan menjejaskan kesucian agama terbabit, sebaliknya pelaku bakal berdepan seksaan keras dan ngeri di akhirat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, golongan seperti itu sememangnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dan menjadikan agama sebagai bahan permainan.

“Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 66 menyebut, apakah dengan Allah, ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu bermain-main?

“Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya dia telah kufur (jatuh kafir) kerana dikira memandang ringan kepada agamanya,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Keimanan jelas Wan Salim, menuntut seseorang mengagungkan serta menghormati Allah SWT, Rasul-Nya dan agama-Nya, sedangkan golongan terbabit memandang ringan kesemua aspek itu.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas penularan sebuah video di media sosial, yang memaparkan tindakan seorang individu didakwa sebagai wanita, sedang menunaikan umrah tetapi mengenakan ihram seperti jemaah lelaki.

Kejadian mengejutkan itu didedahkan seorang netizen yang menggunakan akaun @Aliyameha menerusi bebenang di Twitter.

Dakwa Aliya atau nama penuhnya Aliya Mansor, individu terbabit yang dikenali sebagai Nur Syazwani Mohamad Resad turut mengaku dia seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Tapi aku rasa curious sebab aku check banyak kali dalam MMC (Majlis Perubatan Malaysia) website tu tak jumpa nama dia, bila aku call dia cakap expired & dia avoid untuk jawab,” katanya menerusi satu daripada ciapan di bebenang berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Salim berkata, golongan yang terbabit mempersendakan agama perlu bertaubat daripada terus melakukan perbuatan seumpama itu selagi pintu taubat masih terbuka.

Golongan tersebut jelasnya lagi, hanya memudaratkan diri sendiri apatah lagi jika ia turut melibatkan kesalahan terhadap pihak lain.

“Sebenarnya perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang munafik yang bakal diancam dengan seksaan neraka yang ngeri di akhirat kelak.

“Allah SWT tidak dimudaratkan oleh kemaksiatan sesiapa dan tidak mendapat manfaat daripada ketaatan sesiapa, namun Islam tetap berkembang pesat dari semasa ke semasa.

Jelas Wan Salim, agama itu sebaliknya semakin berkembang di seluruh pelosok dunia.

“Semakin ramai manusia memilih untuk menganut Islam, termasuk daripada kalangan ilmuwan dan cerdik pandai dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan