web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


600 Pelajar Buat Persembahan Formasi Di Dataran Merdeka Pada Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 11:05AM

Pelajar berkenaan akan memulakan persembahan mereka dengan membentuk logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan jalur liputan internet selain gerakan pantas dan pelbagai formasi mengibarkan bendera. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Setelah dua tahun tidak menyaksikan persembahan warna-warni di atas padang seperti lazimnya pada Hari Kebangsaan disebabkan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia kali ini berpeluang menikmati kemeriahan pelbagai acara seperti itu pada 31 Ogos di Dataran Merdeka.        

Satu daripada acara berkenaan ialah persembahan pelbagai formasi menggunakan bendera oleh 600 pelajar dari 24 sekolah di sekitar negeri Selangor.

Pelajar berkenaan akan memulakan persembahan mereka dengan membentuk logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan jalur liputan internet serta akan turut melakukan gerakan pantas dan pelbagai formasi mengibarkan bendera.

Formasi berkenaan akan diiringi lagu-lagu antaranya Derap Komando oleh Search dan Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika dengan gubahan tempo lagu yang dilajukan kepada 160 bit per minit (bpm).

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) Yasmin Kamarudin berkata persembahan bendera itu boleh dianggap antara pertunjukan utama pada 31 Ogos kelak dan pengunjung bakal dihidangkan dengan kibaran bendera secara tangkas diiringi lagu-lagu rancak.

“Pelajar-pelajar ini akan melakukan empat jenis segmen gerakan antaranya gerakan logo, formasi gerakan bendera diiringi lagu-lagu lama dan baharu yang digubah khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan persembahan masa sekitar tujuh minit.

“Mereka ini akan membuat persembahan dengan memakai kostum khas bertemakan Jalur Gemilang serta dipecahkan kepada dua kumpulan dengan 300 daripadanya akan membawa bendera kecil manakala selebihnya akan melakukan persembahan ‘colourguard’ menggunakan saiz bendera lebih besar,” katanya kepada Bernama.

Yasmin berkata JPNS telah diberi tanggungjawab melakukan persembahan padang seumpama itu sejak 2014 dengan jumlah penyertaan pelajar tahun-tahun sebelum ini mencecah ribuan orang, namun dikurangkan kepada 600 pelajar tahun ini.

“Sebenarnya lagi ramai pelajar, lagi cantik persembahan, seakan-akan kesan domino dihasilkan. Namun kita sedia maklum dengan keadaan penularan COVID-19 sekarang, maka ia dikurangkan kepada 600 pelajar yang terpilih dengan kesemua mereka ini sudah kita tengok dan nilai khususnya dari segi kesihatan.

“Bagi saya tugasan ini sedikit sukar sebab perlu melakukan pelbagai jenis gerakan tarian lincah, formasi bendera yang pelbagai arah dan laju serta perlu dilaksanakan secara serentak dan seragam.

“Mereka ini baru sahaja memulakan latihan 18 Julai lepas, namun kebanyakannya sudah menguasai rentak pergerakan dan penggunaan peralatan,” katanya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum ini memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya, sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad