web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kompromi Terhadap 'Doktor Gigi' Haram - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 9:36PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kes atau tempat yang menawarkan perkhidmatan tanpa doktor gigi bertauliah wujud.

"Doktor pergigian yang tiada kelayakan, tanpa pendaftaran kita akan ambil tindakan, memang tiada kompromi dalam hal ini kerana apa sahaja perkhidmatan kesihatan pergigian mesti diberi oleh doktor pergigian yang layak," katanya kepada pemberita selepas Program Beauty and Health di sini hari ini. 

Khairy ditanya mengenai kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan rawatan pergigian tidak berdaftar di negara ini. 

Beliau turut memaklumkan satu sesi libat urus akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna susulan rayuan penggiat industri kecantikan supaya membenarkan beberapa prosedur perkhidmatan termasuk rawatan laser dikendalikan oleh pakar kecantikan.

"Bagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM), kita tidak benarkan sebab banyak prosedur kecantikan ini mempunyai risiko tinggi dan hanya dapat dilakukan oleh pegawai perubatan namun rayuan telah dibuat, saya setuju untuk diadakan satu sesi libat urus dengan Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,” katanya.

Khairy juga berkata kerajaan akan merujuk kepada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum membuat pendirian berhubung strategi vaksinasi tahunan COVID-19 negara.

Beliau berkata setakat ini, negara lain belum lagi memutuskan langkah ke arah itu namun KKM sudah memulakan perbincangan mengenainya bersama para pakar yang berkaitan semalam.

Katanya buat masa ini, KKM tidak menetapkan sebarang sasaran terhadap bilangan individu yang mengambil dos penggalak kedua COVID-19 sebaliknya akan terus mendidik dan menggalakkan rakyat berbuat demikian demi tahap kesihatan masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek