web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu LCS: Siasatan Selesai, Tunggu Arahan AGC - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 8:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Difahamkan, terdapat beberapa kertas siasatan dibuka terhadap kesemua individu terbabit susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu lalu.

Jurucakap SPRM berkata, kertas siasatan tersebut sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan itu dikemukakan kepada AGC dengan saranan daripada SPRM untuk mempertimbangkan pertuduhan terhadap beberapa individu. 

“Seterusnya, SPRM akan menerima arahan lanjut hasil daripada kajian Pejabat Peguam Negara terhadap kertas siasatan berkenaan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan disahkan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Projek LCS bermula pada 2011 ketika negara ditadbir Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.  - Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad