web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Sampai Ada Yang Mati, DBKL Perlu Segerakan Pembinaan Terowong Di Setiawangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 3:08PM

Nik Nazmi menunjukkan projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya - Setiawangsa yang dikatakan terbengkalai sejak lima tahun lalu. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa menyegerakan projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya – Setiawangsa di sini.

Seorang penduduk, Harun Mohd Nor, 56 berkata, jalan di sekitar kawasan tersebut yang digunakan sudah rosak teruk sejak beberapa tahun lalu, sehingga boleh meragut nyawa pengguna.

Menurut beliau, beberapa kemalangan telah berlaku sebelum ini disebabkan keadaan jalan terbabit.

Harun (kanan) memaklumkan beberapa kemalangan telah berlaku sebelum ini disebabkan keadaan jalan terbabit. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Harun (kanan) memaklumkan beberapa kemalangan telah berlaku sebelum ini disebabkan keadaan jalan terbabit. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Waktu kemuncak serta musim persekolahan, jalan ini memang akan sesak. Kita bimbang akan berlaku kemalangan maut, malah saya sendiri pun hampir kemalangan disebabkan keadaan jalan yang sangat teruk ini.

“Ia bukan sahaja sangat berbahaya kepada penunggang motosikal, malah pemandu kereta juga boleh berdepan nahas jika tidak berhati-hati. Saya berharap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa) dapat beri tekanan kepada DBKL, kenapa projek ini masih tidak disiapkan walaupun sudah memasuki lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di tapak projek tersebut, susulan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Nik Nazmi.

Jalan terbabit menjadi laluan utama penduduk, termasuk dari Wangsa Maju dan sebahagian yang menetap di Sri Rampai.

Abdul Rahman Ali
Abdul Rahman Ali

Abdul Rahman Ali, 70 yang menetap di Bukit Wangsamas Residen pula mempersoalkan ketirisan DBKL dalam menyelesaikan isu tersebut, memandangkan ia sudah berlarutan untuk satu tempoh yang panjang.

“Saya harap DBKL segera siapkan terowong ini kerana memudahkan penduduk dan dilihat mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya di waktu puncak.

“Saya juga mencadangkan kerajaan Persekutuan dengan kerjasama DBKL membina laluan terus dari DUKE ke Wangsa Maju sebagai jalan alternatif. Saya rasa pihak berkuasa sedia maklum laluan ini sesak ketika waktu puncak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zamri Mohd Mukhtar, 55, yang juga seorang kontraktor mempersoalkan tindakan kerajaan khususnya DBKL, kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan terowong tersebut.

“Dengan keadaan struktur yang sedia ada ini, DBKL sepatutnya hanya mengambil masa sekitar tiga atau empat bulan sahaja. Selepas itu, masyarakat awam dah boleh gunakan terowong ini. 

“Sebab itu kami penduduk sekitar pelik kenapa ambil masa sehingga lima tahun. Sepatutnya kalau lebuhraya di atas siap, terowong mahupun laluan di bawahnya akan turut sama diselesaikan. Ini (yang) kami persoalkan,” katanya.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Sementara itu, Nik Nazmi berharap agar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memandang serius isu terbabit memandangkan kontraktor bagi pembinaan projek berkenaan telah dilantik pada Mei 2022.

“Isu terowong ini sudah terlalu lama sejak sebelum saya menjadi Ahli Parlimen, dan sehingga Parlimen hendak dibubarkan, projek pembinaan terowong itu masih lagi dalam pembinaan. Datuk Bandar perlu selesaikan perkara ini dengan kadar segera.

“Saya telah pun bangkitkan isu ini sejak April 2021 dan telah pun bertemu beliau pada 24 November, sebelum dimaklumkan ia akan bermula pada 1 Februari tahun ini. Namun, bila projek tidak dimulakan, pada 1 Mac saya sekali lagi menulis surat dan mendapat maklumat tender sudah dikeluarkan serta kontraktor telah dilantik,” katanya.

Lebih membimbangkan jelas Nik Nazmi, penempatan sekolah di sekitar jalan berhampiran terowong tersebut memberi ancaman kepada pelajar sekolah.

“Kita bimbang akan kemungkinan berlakunya kemalangan yang boleh mengancam nyawa pelajar,” katanya - Getaran, 10 Ogos 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad