web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Kembali Melebihi 3,000 Kes, 12 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 11:19AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali ke paras melebihi 3,000 kes dengan 3,083 kes direkodkan semalam berbanding 2,863 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,714,498 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,080 kes tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak 12 lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Perak dan Melaka, masing-masing tiga kes diikuti dua di  Selangor manakala masing-masing satu di Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Terengganu.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,044 setakat ini dengan 7,659 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,717 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1 peratus atau 41,042 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 35 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,578 orang atau 3.7 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 62 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 4,229 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,635,737 kes. - Getaran, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar