web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lain Diminta, Lain Kami Dapat - PENGHANTAR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 6:40PM

Semalam Wee Ka Siong mengadakan pertemuan dengan penunggang p-hailing termasuk wakil PENGHANTAR bagi membincangkan permasalahan golongan terbabit. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan seharusnya memberi perhatian serius kepada kebajikan penunggang p-hailing berbanding melaksanakan kewajipan lesen memandu vokasional (GDL).

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor berkata, kerajaan perlu memperkasakan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sewajarnya termasuk tanggungjawab terhadap syarikat perkhidmatan.

"Perkara ini sudah dapat kami jangkakan apabila menteri bercakap soal pelaksanaan lesen GDL. Saya kira semalam dan hari ini kecoh lagi dalam kalangan penghantar p-hailing, walaupun kami faham ia masih lagi di peringkat perbincangan dan akan dibentangkan dalam Parlimen.

"Peraturan dan perkara baru seperti ini pasti akan menjadi kegusaran semua penghantar p-hailing. Isu permasalahan pokok Macam kadar upah penghantaran dan aplikasi jarak dalam peta digital pun tak dapat selesai lagi. Saya kira pelaksanaan GDL bukanlah keutamaan sekarang," katanya hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengadakan pertemuan dengan penunggang p-hailing termasuk wakil PENGHANTAR bagi membincangkan permasalahan golongan terbabit.

Pada sidang media selepas pertemuan tersebut, Ka Siong berkata, kelulusan terhadap Rang Undang-undang (RUU) pindaan terhadap tiga peruntukan undang-undang pengangkutan jalan menerusi pembentangan pada sesi Parlimen akan datang, bakal menyaksikan penunggang perkhidmatan p-hailing diwajibkan memiliki GDL.

Mengulas lanjut, Zulhelmi menjelaskan, kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada langkah penetapan harga lantai bagi pengambilan serta penghantaran dan standard jarak sebenar dalam peta digital aplikasi.

Di peringkat persatuan, jelas beliau, pihaknya akan berbincang dan mendapatkan pandangan semua secara kolektif seterusnya, berbincang serta berunding dengan pihak berkuasa.

"Saya harap sahabat-sahabat penunggang p-hailing semua dapat bersabar dan bersama kami dalam memperjuangkan isu ini," katanya.

Sepanjang tiga tahun pelaksanaan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) jelas Zulhelmi, pelbagai isu timbul termasuk soal kebajikan penggiat industri berkenaan yang masih lagi bermasalah.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya khuatir isu yang sama akan berulang.

"Saya percaya kerajaan yang prihatin ini akan mendengar kerisauan kami ini. Kami betul-betul mengharap suatu jaminan dari kerajaan agar kebajikan penggiat gig ekonomi ini mendapat keadilan dan pembelaan sepatutnya," ujarnya, - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt Lancar Mogok Pada Khamis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad