web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rekod Ekspatriat Gagal Bayar Cukai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 6:21PM

Khairul Dzaimee berkata, pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya. - Gambar dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Tiada rekod menunjukkan ekspatriat yang bekerja di Malaysia mengelak daripada membayar cukai yang dikenakan kepada mereka, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata ini kerana pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

"Setakat ini belum ada lagi (ekspatriat gagal bayar cukai), semua mematuhi syarat cukai ini kerana jika mereka didapati tidak membayar cukai untuk tahun berkenaan, pas ekspatriat mereka tidak akan diperbaharui dan ini adalah satu daripada syarat utama untuk membolehkan mereka terus bekerja di negara kita," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen (JIM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan perkongsian maklumat berkenaan ekspatriat di sini hari ini.

MoU yang berkuat kuasa hingga 2025 itu ditandatangani Khairul Dzaimee bagi pihak JIM dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi, dengan disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

MoU berkenaan merupakan kesinambungan daripada MoU pertama yang ditandatangani pada 19 Jun 2014 bagi tempoh lima tahun dan berakhir pada 18 Jun 2019.

Antara data yang dikongsikan menerusi MoU itu meliputi maklumat seperti nama, kewarganegaraan, nombor pasport, rekod keluar dan masuk Malaysia serta tarikh tempoh sah laku pas ekspatriat.

Khairul Dzaimee berkata menerusi kerjasama itu, JIM boleh menghalang mana-mana ekspatriat yang tidak membayar cukai untuk keluar dari Malaysia.

Beliau berkata statistik LHDN dari 2014 hingga 2019 menunjukkan jumlah kutipan cukai daripada ekspatriat meningkat setiap tahun iaitu RM1.06 bilion pada 2014, RM1.5 bilion pada 2015, RM2.04 bilion (2016), RM2.8 bilion (2017), RM3.3 bilion (2018) dan RM3.6 bilion pada 2019.

Menurutnya, kutipan cukai daripada ekspatriat berkurangan pada 2020 dan 2021 masing-masing RM3.1 bilion dan RM2.5 bilion akibat pandemik COVID-19.

Sehingga kini, sebanyak 162,170 individu memegang pas aktif ekspatriat dengan 99,200 merupakan pemegang pas prinsipal dan 62,970 pas tanggungan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

B40 Bertambah Teruk Jika Peruntukan Cukai Najib Dibatal Mahkamah - Hakim

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pewaris Bayar Cukai: Kerajaan Belum Cadang Pinda Akta - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad