web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pewaris Bayar Cukai: Kerajaan Belum Cadang Pinda Akta - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:06PM

Bagaimanapun, Ahmad Maslan berkata sekiranya pindaan itu tidak dilaksanakan dikhuatiri rakyat akan kurang motivasi dan rasa tanggungjawab untuk membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Kerajaan belum bercadang untuk meminda Akta Cukai Pendapatan berhubung pentadbir atau pewaris harta kepada pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia untuk membayar cukai si mati.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sekiranya pindaan itu tidak dilaksanakan dikhuatiri rakyat akan kurang motivasi dan rasa tanggungjawab untuk membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kita sudah bermesyuarat. Setakat ini kita mengekalkan. Belum ada pindaan apa-apa. (Namun) Kita berpandangan jika tidak dibuat begitu ada pihak tidak bertanggungjawab dan tidak bermotivasi untuk membayar cukai. Dia menunggu dirinya mati kerana apabila mati segala hutang tidak perlu dibayar dan selesailah segala hutang piutang dengan LHDN. 

"Perkara itu sudah ada dalam akta dan LHDN memaklumkan jumlah yang dikenakan adalah jumlah pendapatan sehingga kematiannya yang perlu dicukaikan. Waris jika mempunyai keupayaan eloklah membayar cukai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Raya Penulisan Puisi Johor di sini hari ini.

Pada 11 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.

Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia.

Ini susulan perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung perkara itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad