web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penularan Gelombang Varian Omicron BA.5 Di Negara Kecil - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 5:08PM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata di sesetengah negara, gelombang Omiron BA.5 adalah besar tetapi di Malaysia gelombangnya adalah kecil tetapi lama. - Gambar fail Petra News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata di sesetengah negara, gelombang Omiron BA.5 adalah besar tetapi di Malaysia gelombangnya adalah kecil tetapi lama.

"Macam saya kata, (pergerakan) 2,000 ke 5,000 kes tetapi agak lama, ia tidak naik mendadak ia naik sikit dan kekal ke paras yang baru," katanya kepada media selepas perasmian Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak dilaporkan di aplikasi MySejahtera, Khairy berkata situasi itu berlaku di mana-mana negara bukan sahaja di Malaysia.

"Kes dilaporkan adalah kurang daripada keadaan sebenar sebab protokol kita untuk ujian pun telah dilonggarkan, dulu semua buat RT-PCR dan sekarang kebanyakan ujian yang dilaporkan adalah ujian RTK-Antigen," katanya.

Khairy berkata ada individu yang melakukan ujian kendiri tetapi tidak melaporkan kepada MySejahtera.

"Jadi dengan keadaan begini kita ambil petunjuk proksi dengan tidak tengok sangat kepada jumlah kes dan kita tengok kepada keseriusan kes. Kita melihat kepada severity (keterukan), jumlah kes kematian, kemasukan ke hospital.

Selagi kadar-kadar tersebut terkawal maka kita boleh mengurus masalah ini dengan baik sebab kalau tengok kepada kes ia akan turun naik, ia akan ada gelombang dari masa ke semasa," katanya.

Khairy juga menasihati orang ramai untuk melaporkan jangkitan COVID-19 di MySejahtera bagi membantu Kementerian Kesihatan mengetahui keadaan sebenar dan jumlah kes di kalangan komuniti.

Terdahulu ketika berucap, Khairy berkata bagi mengorak langkah ke hadapan NIH merancang mempertingkat penyelidikan perubatan jitu, vaksin, perubatan tradisional dan komplementari, kohort kelahiran dan "National Quality Improvement Programme".

"NIH akan juga memanfaatkan kepelbagaian data yang tersedia dengan membangunkan ekosistem Analitik Data Raya Kesihatan bagi tujuan penyelidikan melalui Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan (2021-2025)," katanya.

NIH telah beroperasi sepenuhnya di bawah satu bumbung pada 2019 merangkumi Institut Penyelidikan Perubatan; Institut Kesihatan Umum; Institut Penyelidikan Klinikal; Institut Pengurusan Kesihatan; Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad