web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Letak Vape Pada Mulut Bayi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:23AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini baru-baru ini, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Rupiah Abd Wahid berkata peniaga warga tempatan berusia 23 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBU pada 12.45 tengah hari.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis oleh ibu kepada bayi perempuan berusia tujuh bulan itu pada 6 Ogos lepas, yang turut menjelaskan bahawa lelaki terbabit adalah kenalan adik perempuannya.

“Menurut pengadu, ketika kejadian beliau bersama mangsa (bayinya), adik perempuan dan lelaki terbabit sedang berada di kedai makan.

“Tiba-tiba lelaki itu yang sedang memangku mangsa, dengan niat bergurau telah meletakkan vape yang tidak berfungsi pada mulut mangsa dan kejadian itu dirakam adiknya, seterusnya dimuat naik di laman media sosial oleh adiknya dan tular,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata susulan itu, pihaknya membuka kertas siasatan dan permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Rupiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata orang ramai turut dinasihati agar tidak mengeluarkan sebarang komen atau maklumat tidak benar dan bertanggungjawab menerusi media sosial, bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, video berdurasi 17 saat memaparkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi yang sedang dipangkunya itu, telah tular di media sosial serta mendapat kecaman serta reaksi daripada pelbagai pihak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam