web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerusan Projek KVDT2: ‘Usaha Saya Berbaloi’ - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:00AM

Anthony Loke - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menganggap keputusan kerajaan untuk meneruskan projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) melalui rundingan terus sebagai ‘pengesahan’ kepada usaha dilaksanakannya ketika beliau memegang jawatan itu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, ia kerana kerajaan bersetuju meneruskan projek berkenaan dengan Dhaya Maju LTAT (DM-LTAT) Sdn Bhd tanpa mengubah skop projek atau tempoh pelaksanaan, seperti dirundingkan Pakatan Harapan (PH).

“Di bawah pentadbiran PH, pada mulanya kami membatalkan projek itu, tetapi kemudian kami berunding semula dengan syarikat berkenaan dan menetapkan kos projek pada kadar lebih rendah, iaitu RM4.475 bilion.

“Kami tidak mempunyai pilihan, selain meneruskan projek itu kerana akan ada implikasi undang-undang jika kami membatalkan, memandangkan Surat Anugerah (LoA) sudah ditandatangani kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti DAP di sini.

Justeru, beliau menjelaskan proses tender terbuka tidak mungkin dilakukan memandangkan kontrak itu sudah ditandatangani berdasarkan perjanjian rundingan terus.

Pada tahun 2020, Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong berkata, Kabinet bersetuju membuka semula tender untuk KVDT2 dengan membatalkan kontrak terdahulu melalui rundingan terus.

Ia berlaku selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang diberikan melalui rundingan terus semasa pemerintahan PH, termasuk projek KVDT2.

“Ka Siong harus ‘menelan’ kata-katanya ketika kerajaan pada masa ini masih menjalankan perjanjian rundingan terus. Dia bercakap besar ketika itu...hanya untuk mendapatkan faedah politik,” kata Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu juga mencabar Ka Siong dan Tengku Zafrul untuk berani menyenaraikan bilangan projek yang sudah mereka berikan melalui tender terbuka serta rundingan terus sepanjang tempoh menjadi menteri.

“Apa sahaja mereka katakan di Parlimen adalah ‘sampah’. Selain itu, memandangkan Ka Siong kelihatan seperti mahu menjadi ‘wira tender terbuka’, dia sepatutnya boleh menyenaraikan projeknya,” sindirnya.

Pada 2 Ogos lalu, dilaporkan bahawa kerajaan dan DM-LTAT Sdn Bhd, iaitu syarikat usaha sama antara Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), sudah menyelesaikan tindakan undang-undang berhubung penamatan projek itu.

Mewakili kerajaan dan Ka Siong, Peguam Kanan Persekutuan, Asliza Ali memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan menarik balik rayuannya berkaitan kes itu.

Pada 27 Oktober 2020, DM-LTAT memfailkan saman terhadap kerajaan, Ka Siong, Opus Consultants (M) Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berhubung penamatan kontrak syarikat dalam projek itu.

Berdasarkan penyataan tuntutan, DM-LTAT antara lain mendakwa sehingga kini, notis rasmi penamatan masih belum dikeluarkan kepada syarikat itu dan pihaknya tidak mengetahui penamatan terbabit, sehingga ia diumumkan Ka Siong dalam kenyataan media.

Selain pampasan, DM-LTAT memohon pengisytiharan penamatan kontrak itu terbatal dan tidak sah. - The Vibes, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran