web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan Undi 18: Sekumpulan Anak Muda Failkan Semakan Kehakiman

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:49AM

Nabil Halimi - Gambar dari Facebook Nabil Halimi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 18 anak muda bakal memfailkan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia berhubung penangguhan Undi 18.

Pengasas bersama pertubuhan Arus Anak Muda (ARUS), Nabil Halimi berkata, penangguhan berkenaan disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak rasional dan mencabuli hak pengundi.

Menurut beliau, semakan kehakiman tersebut mengandungi dua deklarasi mahkamah yang memperincikan perkara berkaitan Undi 18.

“Antara lain semakan ini menyebut bahawa penangguhan terbabit tidak sah dan sewajarnya diteruskan.

“Pengundi yang melepasi usia 18 seharusnya berhak menjalankan tanggungjawab itu menjelang Julai 2021,” katanya kepada Getaran.

ARUS jelas Nabil, amat berharap pelaksanaan Undi 18 disegerakan, mengambil kira senario semasa politik negara.

“Setelah melihat kepada tindakan kerajaan, semakan kehakiman ini adalah satu-satunya cara yang paling relevan dilakukan.

“Saya harap semakan kehakiman ini dapat memberi sedikit tekanan kepada kerajaan supaya meneliti semula isu pelaksanaan Undi 18,” tegasnya.

Undi 18 katanya, mendorong generasi muda menunaikan tanggungjawab memilih barisan kepimpinan negara secara adil dan saksama.

“Ini adalah hak asasi semua rakyat dan ia tidak patut dinafikan. Penafian ini adalah satu bentuk penindasan,” katanya. - Getaran, 4 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hakim Tarik Diri Dengar Semakan Kehakiman Ibu Bapa Teoh Beng Hock

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Zuraida Fail Tindakan Undang-Undang Mohon RoS Iktirafnya Sebagai Presiden PBM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Beku Akaun BERSATU Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman - Makhamah Diberitahu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad