web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MIC Gantung Ahli Parti Tular Kelar Tangan Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 9:54AM

Suspek (kiri) dipercayai menoreh tangan rakannya (kanan) akibat perselisihan faham dalam satu kejadian di Sentul kelmarin. - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MIC menggantung tugas seorang ahli parti yang didakwa menyerang dan mencederakan seorang individu dengan pisau, selepas klip video berhubung kejadian terbabit yang tular di media sosial, menerima kecaman ramai.

Setiausaha Agungnya, Rajasekaran R Thiyagarajan berkata, Presiden parti itu, Tan Sri S A Vigneswaran sudah menggantung keahlian individu terbabit kerana tindakannya yang seperti dilihat dalam video itu.

Katanya, tindakan terbabit bertentangan dengan visi dan misi parti.

“MIC dengan tegas menyatakan bahawa ia tidak menyokong sebarang jenis keganasan dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun,” katanya menerusi kenyataan.

Rajasekaran menegaskan, penggantungan itu tidak bermakna individu terbabit bersalah atas apa-apa tindakan.

“Bagaimanapun, MIC terpaksa mengambil tindakan ke atasnya sekarang, memandangkan video insiden terbabit tular di media sosial dan parti ini bimbang jika tiada tindakan tegas diambil, ia akan menjadi contoh buruk kepada semua pihak berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut MIC berikutan perkara ini bergantung kepada siasatan dan tindakan seterusnya oleh polis,” katanya.

Beliau menambah bahawa prinsip parti itu adalah untuk tidak menyokong sebarang aktiviti anti-sosial, terutama jenayah ganas.

Tegasnya, MIC sudah menjalankan banyak program anti-gangsterisme di seluruh Malaysia dan menyeru ahli untuk menegakkan Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Tindakan keganasan bukanlah penyelesaian kepada sebarang provokasi oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan kerana mengelar tangan kiri seorang lelaki semalam, menyebabkan individu terbabit mengalami luka sedalam tiga sentimeter (cm).

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, kejadian berlaku selepas suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat mangsa terhadapnya.

Eng Lai berkata, suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala, Pemuda MIC berkata, pihaknya menolak tindakan suspek kerana ia tidak mencerminkan pendirian sayap parti itu.

Ketuanya, Raven Kumar Krishnasamy berkata, pemimpin Pemuda MIC mengambil perhatian terhadap laporan media dan rakaman video itu.

“Kami menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana individu yang memprovokasi atau menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan konflik dalam kalangan mereka.

“MIC sebagai parti yang menghormati kedaulatan undang-undang sentiasa berpegang teguh serta menghormati peranan agensi penguat kuasa dan undang-undang dalam menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul antara mana-mana pihak,” katanya menerusi kenyataan.

Raven menggesa polis untuk menyiasat insiden itu sebaik mungkin tanpa sebarang rasa ‘takut atau memihak’ untuk memastikan keadilan kepada kedua-dua individu terbabit.

Beliau berkata, Pemuda MIC yakin parti itu akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli yang terbabit berdasarkan hasil siasatan.

Tambahnya, ia selaras dengan pendirian Vigneswaran berhubung insiden terbabit.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua untuk mengelak daripada mengambil undang-undang sendiri dan tidak bertindak balas secara emosi dalam menyelesaikan sebarang masalah,” tambahnya. - The Vibes, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

4

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar