Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


31,726 Rakyat Palestin Terkorban Sejak 7 Oktober

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 8:13AM

Keganasan Israel ke atas penduduk Palestin masih berterusan hingga ke hari ini - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDARAYA GAZA - Sekurang-kurangnya 81 warga Palestin maut dan 116 lagi cedera dalam 24 jam lepas berikutan serangan berterusan Israel ke atas
Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Tentera Israel melakukan lapan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 81 gugur syahid dan 116 cedera dalam tempoh 24 jam lepas," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ramai yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di atas jalan kerana anggota penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," katanya.

Mengingkari perintah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel terus menyerang Semenanjung Gaza dengan sekurang-kurangnya 31,726 rakyat Palestin maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta 73,792 cedera sejak 7 Oktober menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Israel telah menyerang secara berterusan sejak serangan Hamas melangkaui sempadan Israel, yang Tel Aviv mendakwa telah mengorbankan 1,200 orang.

Serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk wilayah itu hilang tempat tinggal selain daripada menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, sementara 60 peratus daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Satu perintah sementara pada Januari mengarahkan Israel berhenti melakukan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusian disampaikan kepada orang awam di Gaza.

Serangan diteruskan tanpa sebarang tanda akan dikurangkan dan penyampaian bantuan mash lagi tidak mencukupi bagi menangani bencana kemanusiaan ini. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

2

Luar Negara 4 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 1 hari yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Luar Negara 19 jam yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright