web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebocoran Data: Pengguna Data Dicadang Wajib Lantik Pegawai Perlindungan Data

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 1:45PM

Annuar Musa - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pengguna data akan diwajibkan melantik pegawai perlindungan data menerusi cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata cadangan pindaan turut meliputi pengenalan kepada notifikasi ketirisan data yang mewajibkan semua pengguna data untuk melaporkan kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dalam tempoh 72 jam.

‘Pengguna data’ bermaksud seseorang yang sama ada berseorangan atau bersesama atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, tetapi tidak termasuk seorang pemproses data.

Selain itu, pindaan itu akan turut mewajibkan pemproses data untuk patuh kepada prinsip keselamatan dan membenarkan pemindahan data peribadi antara pengguna data atas permintaan subjek data sekiranya sistem teknikal membenarkannya.

“Cadangan-cadangan pindaan ini mewujudkan polisi perlindungan data yang lebih kukuh dan dinamik melalui penggunaan instrumen baharu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai perancangan kementerian untuk meminda beberapa fasal dalam akta berkenaan bagi menangani jenayah pencerobohan hampir 100 juta data peribadi.

Annuar berkata cadangan pindaan akta itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada 28 Jun lepas untuk tindakan lanjut.

“Sebaik sahaja kita menerima maklum balas atau draf akhir daripada Jabatan Peguam Negara, satu kertas atau memorandum Jemaah Menteri akan segera disediakan,” katanya.

Annuar berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia komited untuk membentangkan cadangan pindaan Akta 709 itu pada sesi Parlimen Oktober ini.

Selain pindaan akta berkenaan, beliau berkata kementerian itu juga sedang mengusahakan langkah lain bagi menangani isu ketirisan dan jenayah scam termasuk advokasi dan mewujudkan satu platform bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan panggilan yang diterima mereka.

“Kita sedang merancang untuk mengadakan satu platform iaitu orang awam apabila menerima panggilan yang meragukan, mereka terus dapat merujuk untuk menyemak kesahihan nama tersebut sama ada datang daripada pemegang talian yang sah ataupun tidak,” katanya.

Beliau berkata perkara itu sedang dilihat kementerian itu khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta memerlukan kerjasama dengan semua pembekal perkhidmatan di negara ini. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PADU: Data Dikawal Selia Akta Sedia Ada, Tak Perlu Gusar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kebocoran Maklumat Tanpa Nama, Adakah SPRM Ada Motif Tersembunyi? – Wan Saiful

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan