web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPPA Tengking Pegawai Imigresen: JPA Buat Penjelasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 8:53AM

Mohd Shafiq Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuduhan bahawa Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah menengking pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Menerusi kenyataan, JPA memaklumkan, terdahulu Mohd Shafiq menegur pihak Imigresen di KLIA, khususnya James Lee mengenai ketidakpatuhan amalan dan prosedur apabila pegawai agensi itu tidak menyemak dokumen perjalanan serta pasport beliau dan delegasi ke luar negara.

Katanya, malahan mereka diarahkan ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan.

“JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen Imigresen, seperti pasport adalah kesalahan serius di sisi udang-undang.

“Malah, pegawai yang tidak mematuhi peraturan Imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib,” menurut kenyataan itu.

JPA menegaskan, teguran tersebut juga tidak dibuat di khalayak ramai seperti didakwa, sebaliknya Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam (KPPA) hanya menasihatkan pegawai terbabit supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu sedemikian secara berhemah.

“Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan Imigresen,” katanya.

Pada masa sama, merujuk kepada kenyataan tular di media sosial berhubung tuduhan kononnya KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Imigresen di KLIA, JPA memandang serius perkara itu dan amat kesal dengan kenyataan palsu pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

“Justeru JPA ingin mengesyorkan supaya perkara ini disiasat sewajarnya pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Terdahulu, dalam insiden pada jam 8.40 pagi hingga 9.40 pagi semalam, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA, didakwa dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan KPPA di bilik itu.

Isu terbabit menerima respon pelbagai pihak, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memaklumkan, Imigresen sudah diarah menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau juga sudah memanggil Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu supaya mendapat maklumat lebih jelas berhubung kejadian sebenar. – Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad