web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serpihan Roket Masuki Ruang Udara Malaysia, China Dituntut Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 10:06PM

Tindakan itu jelas melanggar kedaulatan negara kerana serpihan roket berkenaan sudah memasuki ruang udara Malaysia. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berhak mendesak China untuk memberikan penjelasan mengenai insiden serpihan roket Long March 5B milik negara itu yang memasuki ruang udara Sarawak, kelmarin.

Pengerusi Biro Politik, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, tindakan itu jelas melanggar kedaulatan negara kerana serpihan roket berkenaan sudah memasuki ruang udara Malaysia.  

Malah katanya, perkara itu turut disahkan sendiri oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang memaklumkan serpihan roket tersebut jatuh di Laut Sulu.  

“Kita bernasib baik kerana serpihan berkenaan tidak jatuh ke kawasan berpopulasi lantas dapat mengelak kemalangan nyawa.  

“Kita juga bernasib baik kerana serpihan balistik itu tidak mengenai mana-mana kapal udara yang menggunakan ruang udara negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tegasnya, insiden itu adalah satu daripada pelbagai kes pelanggaran kedaulatan Parti Komunis China (CPC) ke atas wilayah kedaulatan Malaysia.

“Sebelum ini, China tanpa segan silu melanggar kedaulatan udara dan perairan Laut China Selatan. Saya kecewa kerana China memperkecilkan insiden ini.

“Malah teguran daripada pemegang taruh dalam bidang eksplorasi angkasa lepas seperti NASA seperti diremehkan CPC kerana mereka menganggap ia cubaan untuk memburukkan kempen eksplorasi angkasa China,” katanya.

Menurut beliau, tindakan CPC yang enggan berdepan kritikan antarabangsa atas kegagalan teknikalnya sendiri menyebabkan kedaulatan Malaysia tergadai dan nyawa rakyat dijadikan taruhan.

“Inilah logik yang diguna pakai CPC. Nampaknya jelas keselamatan kita rakyat Malaysia yang diancam CPC dilihat remeh berbanding kemegahannya membina infrastruktur angkasa lepas.

“Jadi saya menuntut kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini kerana nilai nyawa warga Malaysia dan nilai integriti serta kedaulatan negara tidak mempunyai erti buat China dan CPC,” katanya.

Ujarnya lagi, atas hakikat itu, kerajaan perlu bertegas dan meminta China memberi penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Awal pagi kelmarin, proses ‘re-entry’ serpihan roket itu dapat dilihat dan dirakam penduduk di Sarawak sekitar jam 12.50 pagi, sebelum ia tular di media sosial.

Malah MYSA turut memaklumkan, sisa serpihan yang terbakar direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.10 utara dan longitud 119.0° timur.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi satu kenyataan, hari ini mengesahkan dua objek disyaki serpihan roket China yang jatuh dan ditemui di Sarawak tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan juga unsur radioaktif.

Pengesahan itu dibuat pasukan siasatan terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI, MYSA dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang melakukan siasatan lanjut terhadap dua objek tersebut, semalam.

 “Siasatan awal dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan menumpukan kepada dua lokasi yang telah dikenal pasti iaitu di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah dekat Miri, Sarawak.

“Siasatan awal ini juga bagi memastikan tiada sebarang unsur radiasi berbahaya yang mungkin dikeluarkan objek disyaki, sebelum siasatan selanjutnya dapat dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad